JOKOWI TERKEJUT GAJI RAKYATNYA BEGITU LUMAYAN DI MALAYSIA - TERBUKTI EKONOMI MALAYSIA LEBIH BAIK BERBANDING NEGARA ASEAN YANG LAIN
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Presiden Republik Indonesia Joko Widodo di dalam suatu majlis yang telah menemuramah seorang rakyatnya yang bekerja di Malaysia.
Rakaman video itu memfokuskan isu Jokowi terkejut dengan gaji rakyatnya yang bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit di Malaysia mendapat gaji yang begitu lumayan dan tinggi.
Pemuda yang ditemuramahnya ada menyebut bahawa pendapatan bulanannya yang bekerja sebagai buruh adalah sebanyak RM1,500 bersamaan Rp4.5 juta. Jokowi membuat perbandingan gaji tersebut dengan pendapatan bekerja buruh di Indonesia, ianya adalah lebih jauh dan lumayan.
Menurut pemuda itu lagi, terdapat juga buruh Indonesia yang menerima gaji sebanyak RM2,000 dan pekerjaan tersebut tidak dapat dilakukannya kerana ianya berisiko tinggi. Namun dengan hasil pendapatan sebanyak RM1,500 itu, RM500 dibelanjakan untuk kegunaan dirinya manakala selebihnya iaitu RM1,000 akan dihantar ke kampungnya di Indonesia.
Motifnya di sini, rakyat Malaysia perlu mengambil peluang yang ada dan jangan terlalu memilih kerja selagi kudrat masih ada. Lihat sahaja rakyat Indonesia seperti pemuda yang ditemuramah Jokowi yang tidak mahu balik ke negara asalnya kerana sudah 8 tahun mencari rezeki di Malaysia.
Ini disebabkan pemuda itu tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan syurga untuk mereka mencari rezeki. Dengan cara penghijrahan ini juga mereka boleh menjadi kaya untuk mengubah nasib diri dan keluaga di kampung halaman.
Tapi malangnya, ada segelintir rakyat Malaysia memuja-muja negara Indonesia dan kutuk serta mengkeji negara sendiri kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu kecil yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara yang baik mengikut saluran yang telah disediakan.
Kerajaan Malaysia juga berusaha untuk melakukan yang terbaik buat rakyatnya dengan berkongsi kekayaan yang diperolehi untuk dinikmati bersama manfaatnya. Tidak kiralah ianya datang dengan bentuk bantuan atau membina infrastruktur asas untuk kita semua.
Comments
Post a Comment