Baru-baru ini PPBM melancarkan tabung derma kononnya bagi membiayai aktiviti-aktiviti parti berkenaan. Tindakan berkenaan telah dikecam oleh pelbagai pihak.
Bagi orang yang menyangkakan bahawa tindakan PPBM berkenaan perlu diterima, perlu diingatkan bahawa pemimpin-pemimpin parti berkenaan boleh menggunakan jet peribadi bagi apa-apa tujuan termasuk untuk balik kampung atau bercuti. Lagipun, keluarga Mahathir dan Muhyiddin adalah kaya dan telah mengeluarkan wang bagi membiayai Pakatan Harapan bagi PRU Ke-14 seterusnya memastikan kepimpinan Pakatan berkenaan di bawah PPBM.
Janda Hot Anina yang merupakan mantan ketua Srikandi PPBM di dalam mengulas tindakan tersebut mengecam parti berkenaan yang kononnya ingin membantu rakyat tetapi sebaliknya memeras wang rakyat.
“Saya bercakap sebagai pengasas PPBM dan sayalah yang menamakan sayap wanitanya sebagai Srikandi. Saya tahu apa yang anda tidak tahu. Di belakangnya (parti tersebut) adalah kroni kaya dan sejumlah keluarga jutawan.
“Tetapi mereka pula tergamak kutip derma dari rakyat marhaen yang mereka sendiri dakwa selama ini sedang derita ekoran pelaksanaan GST pada 2015 lalu menggantikan SST yang mudah ditipu peniaga sehingga berlaku ketirisan.
“PPBM memang terbukti berjaya memalukan bangsa Melayu,” kata Anina menerusi satu status dalam laman sosial Facebook sebagai mengulas Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta derma rakyat sebagai satu lawak jenaka.
Anina turut mempersoalkan kenapa Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz tidak pula mahu menggunakan segala ‘kekayaan’ luar biasa yang dimiliki mereka sendiri bagi membantu parti kerdil serpihan UMNO itu.
“Saya dahulu ada bertanyakan tentang sumber dana kewangan parti. Malah saya pernah datang ke rumah Mukhriz sendiri, ianya umpama sebuah istana yang bahagian dapurnya sahaja adalah sebesar saiz banglo.
“Apabila saya selidiki dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk mampu bina rumah sehebat ini, barulah saya ketahui bahawa beliau, memiliki 160 buat syarikat dengan kebanyakan senaraian awam di Bursa Malaysia.
“Tidak lama kemudian ada pula individu yang membisikkan kepada saya bahawa jet peribadi model Falcon 900LX itu pun dimiliki oleh anak Mahathir sendiri. Saya memang agak terkejut besar pada ketika itu.
“Tapi apa yang saya lebih terkejut apabila mendapat tahu bahawa Mahathir sendiri memang ada memiliki saham kira-kira 50 peratus kepentingan dalam syarikat pembuat kapal terbang terkenal Jetfox!,” dedah Anina lagi.
Berdasarkan pendedahan Anina tersebut, sudah tentu Mahathir dan kroni-kroni beliau dapat membiayai aktiviti-aktiviti PPBM tanpa perlu memohon derma. Lagipun mereka dengan tidak malunya mendakwa bahawa keseluruhan Malaysia telah bangkrap. Oleh itu sudah tentu mereka tidak patut meminta wang daripada rakyat Malaysia yang dikatakan bankrap tersebut.
Wang rakyat Malaysia yang Mahathir katakana sebagai bankrap tidak patut didermakan pada PPBM untuk digunakan oleh pemimpin-pemimpinnya yang kaya-raya dan sebaliknya perlu diberikan kepada badan kebajikan yang memerlukan.
Comments
Post a Comment