ISU PERPINDAHAN KEM TENTERA UDARA SG BESI TIADA KENA MENGENA DIGADAI KEPADA CHINA SEBALIKNYA IA BERPINDAH KE LOKASI LEBIH STRATEGIK
Isu perpindahan TUDM dan Rejimen Ke-31 Artileri Diraja dari Pengkalan Udara Sungai Besi telah menjadi buat mulut orang ramai apabila sebuah video Majlis Paluan Berundur ATM dari Kem TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur menjadi viral oleh penabur fitnah politik yang mengambil kesempatan menuduh kononnya kawasan kem lama telah dijual dan digadai kepada China.
Sebenarnya isu ini telah dimanipulasi oleh kumpulan-kumpulan yang berniat jahat untuk memburukkan Kerajaan sedangkan perpindahan kem tentera ini hanyalah ke lokasi yang lebih strategik bagi mengatur urusan ketenteraan iaitu di Pengkalan Udara Sendayan di Negeri Sembilan dan juga Kem Tun Ibrahim di Kajang.
Bagi yang tidak pernah sampai ke Pengkalan Udara Sungai Besi ni, bangunan di kem ini sudah usang untuk diduduki dan dimamah anai-anai. Sudah pasti dengan keadaan usang kem, ianya tidak lagi sesuai untuk dijadikan medan tentera untuk merangka keputusan dan latihan ketenteraan serta n markas tentera.
Kem Sg Besi ini sudah menjangkau 78 tahun usianya maka sudah sampai ianya dipindahkan. Jikalau diukur dari segi jangka hayat manusia, kem tentera ini sudah ibarat kategori 'Datuk' atau 'Moyang' kepada generasi muda. Maka sudah sampai masanya, kemudahan dan fasiliti yang lebih selesa & lengkap diberikan kepada pewira-pewira negara kita.
Ini bukan soal nilai 'sentimental value' kerana dalam dunia ketenteraan kita tidak boleh berkompromi dalam aspek keselamatan dan kedaulatan negara! Sudah sampai masanya, kem TUDM ini mendapat nafas baru yang sememangnya akan memberi keselesaan kepada anggota tenteranya. Lagi pun cara ini juga sebagai satu cara pihak Kerajaan dan pemjau membalas jasa dan pengorbanan anggota tentera Malaysia.
Comments
Post a Comment