DYANA SOFYA TAK SEDAR DIRI, TUDUH RAKYAT MEMANGSAKAN DIRINYA SEDANGKAN DIA SENDIRI YANG LAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK





Dalam satu program wawancara bersama Sinar Harian yang dihadiri oleh Dyana Sofya dan Dira Abu Zahar sebagai tetamunya, Dyana Sofya telah diajukan soalan oleh wartawan mengenai bagaimana Dyana Sofya mengawal kontroversi dan skandal yang melanda dirinya selama ini.

Namun dengan muka tidak malunya Dyana menjawab bahawa "RAKYAT MALAYSIA SUKA MEMANGSAKAN WANITA". 

Ini bermaksud Dyana Sofya cuba menuduh rakyat Malaysia yang hampir 30 juta penduduknya memangsakan dirinya hasil daripada perangai yang tidak elok dan perangai yang ditonjolkannya selama ini?

Adakah setiap gambar yang mendedahkan perbuatan tidak senonohnya bersama suami orang, meminum minuman keras dan menghisap rokok dikhalayak ramai itu bagus?

Semua pendedahan ini boleh didapati dengan mudah di internet, media sosial, youtube dan sebagainya. Walaupun dirinya sudah memberikan penjelasan dan penafian mengenai gambar-gambar tersebut, akan tetapi rakyat lebih bijak menilai siapa diri Dyana Sofya yang sebenar. 

Bagi bekas Calon Ahli Parlimen Teluk Intan yang tewas dan Anggota Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (Dapsy) itu sepatutnya cermin dirinya terlebih dahulu. Kerana pada saat ini rakyat sedang menolak perjuangan DAP dan turut menolak sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan parti chauvinis itu.

Jika Dyana jadi calon DAP pada PRU-14 akan datang, rakyat tetap akan menolak dirinya kerana dia sudah terpalit dengan sejarah hitam. Lebih baik Dyana makan gaji buta untuk DAP sahaja untuk selama-lamanya. 

Bila menilai cara Dyana Sofya menjawab soalan wartawan dalam wawancara tersebut, penonton juga akan dapat saksikan betapa berserabutnya jawapan Dyana seperti imej yang dibawanya pada masa itu. 

Bebeza dengan penampilan Dira Abu Zahar yang berimejkan wanita gagah dan yakin bila menjawab soalan sambil berhijab ala-ala puteri Umno.

Comments