DYANA DAP MUDA BERGETAH TAPI BODOH UNTUK BERPOLITIK



Kita dapat melihat semasa pilihan raya pembangkang Pakatan Harapan menayangkan pemimpin muda Dyana Sofea kononnya DAP hanya memperkenalkan pemimpin muda dan fresh seperti Dyana Sofea. Kalau hendak diikutkan Kit Siang sendiri sentiasa menayangkan diri walaupun sudah menguasai DAP selama 52 tahun. Kenapa Kit Siang masih lagi mahu menayangkan rupa paras dan diri beliau sendiri meskipun sudah berusia lanjut. 

Dyana Sofea pemimpin muda yang paling dilambung-lambung DAP kononnya inilah tawaran terbaik buat Dyana Sofea buat pembangkang Pakatan Harapan bagi memancing undian dan sokongan pengundi-pengundi. 

Dyana Sofea pemimpin muda bergetah yang mampu membawa Malaysia dengan baik. Muda, cantik dan seksi tetapi bodoh seperti Dyana Sofea tidak guna. Biarpun Dyana menayangkan pelbagai ijazah, pemimpin muda tetapi bodoh dan bengap ini masih lagi dicucuk hidung dengan ketat oleh pemimpin-pemimpin senior mereka. 

Sesi FB Live Sinar Harian baru-baru ini telah menunjukkan kedengkelan Dyana Sofea di dalam menjawab isu-isu penting seterusnya menunjukkan ketidaklayakan beliau untuk memimpin. 

Lihat sajalah bagaimana Dyana menjawab soalan wartawan dalam beberapa isu, cuba kita bandingkan dengan Dira, Dira lebih baik dan bagus dalam mengatur ayat dan percakapan. Percakapan Dira lebih jelas, terang dan lebih mudah difahami jika dibandingkan Dyana.  Dyana hanya mampu memainkan watak sebagai boneka serta 'pelaris' semata-mata.

Untuk memburukkan keadaan, beliau secara tiba-tiba mengaku beliau sendiri sebagai seorang perokok tegar dan menyalahkan pihak lain kerana membuat pernyataan berkaitan ketagihan beliau. Dyana dengan kurang bijaknya menyeru wanita-wanita agar bangkit dan menentang kritikan terhadap tabiat merokok walaupun umumnya mengetahui tabiat merokok adalah tidak menyihatkan. 

Perilaku Dyana pada ketika itu adalah menyerupai Siti Kassim yang menyeru Umat Islam agar bangkit dan menyokong golongan LGBT.
Kesimpulannya pemimpin muda DAP tidak seperti pemimpin muda dalam UMNO. UMNO dan BN menampilkan pemimpin muda yang bukan hanya diukur pada paras rupa semata-mata tetapi lebih kepada kebijaksanaan serta kebolehan memimpin.

Comments