Apakah orang Melayu tidak sedar lagi agenda DAP yang amat rasis untuk memecah belahkan bangsa melayu demi untuk mencapai matlamat mereka menjadikan agenda Malaysian Malaysia tercapai.
Sebagai contoh Hew Kuan Yew dalam ucapannya secara jelas menerangkan bahawa DAP mempergunakan anak muda Melayu hanya semata mata untuk mempergunakan mereka untuk memecah belahkan Melayu. Kenyataan ini, bukan bersifat satu kesilapan , namun ianya sememangnya satu agenda.
Walaupun dalam satu kenyataan untuk melindungi situasi , Lim Kit Siang terus menempelak pemimpin bermulut celupar dari DAP, Hew Kuan Yew susulan pemilihan kata-katanya semasa berceramah dalam kempen parti itu semasa pilihan raya negeri Sarawak baru baru ini. Kenyataan Hew sebagai bersifat perkauman seperti yang didakwa oleh pengkritiknya. Tetapi hakikatnya DAP sememangnya sebuah parti perkauman yang amat tegar dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita cita politik mereka.
Untuk melindungi kerosakan kredibiliti DAP , Lim mempersoalkan bahawa kenyataan perkauman adalah bertentangan dengan prinsip yang didokong oleh DAP, dan Hew menggunakan analogi yang sama tidak mengira kaum. Dalam satu terjemahan yang dibuat melalui video tersebut amat jelas perancangan DAP untuk menggunakan Melayu sebagai peluru politik mereka. Sebagaimana kita ketahui bahawa DAP sanggup melakukan perlaburan politik dalam apa juga bentuk asalkan matlamat mereka tercapai.
Dalam terjemahan tersebut, Hew mendakwa terjemahan yang tepat ialah : “Ayuh kita hantarkan Aziz masuk dalam Dewan Undangan Negeri demi skru bangsa Melayunya, yakni politikus besar yang korup, screw “pokai” di PBB. Inilah babak yang paling menarik. Yang setuju, berikan tepukan”.
Nampakkan, jadi jangan lah Melayu leka lagi dengan mimpi indah yang dijanjikan oleh DAP. Mimpi mimpi indah tersebut akan menjadi malapetaka yang maha dasyat jika kita terperangkap dengan janji manis yang entah dimana.
Comments
Post a Comment