DAP DAN RED BEAN ARMY (RBA) BANK BERITA PALSU



Penubuhan jawatankuasa khas membasmi berita palsu adalah langkah tepat dilakukan kerajaan. Berita palsu yang disebarkan boleh meruntuhkan kewangan negara, hubungan antarabangsa selain memusnahkan perpaduan kaum dan hubungan kekeluargaan. Penubuhan jawatan kuasa ini  bukan menyekat kebebasan bersuara sebaliknya mahu pastikan berlaku keadilan supaya tiada mana-mana pihak teraniaya akibat berita palsu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu untuk mengelakkan ancaman kestabilan politik dan ketenteraman awam. “Rakyat boleh terpesong dan boleh melakukan sesuatu seperti benci kepada kerajaan atau boleh merusuh kerana berita palsu, jadi kita tidak mahu berita palsu tersebar luas.

Dalam satu kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya UMNO dan BN merupakan ‘penyumbang’ kepada berita palsu di negara ini. Tuduhan tersebut bertujuan mahu ‘menjauhkan’ DAP daripada tuduhan menyebarkan berita palsu, yang merupakan kepakaran pembangkang terutamanya parti itu.

UMNO atau Barisan Nasional (BN) bukanlah ejen penyebaran berita palsu, tetapi DAP yang menjadi ‘ejen’ penyebar berita palsu menerusi tentera siber mereka, Red Bean Army (RBA) sebagaimana dibuktikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Penyebaran berita palsu sehingga pada suatu tahap ditafsirkan sebagai fitnah bertujuan mahu menjatuhkan kepe¬mimpinan dan mencalarkan imej negara.

Penyebaran berita palsu ini dapat dilihat pada PRU 13 yang lalu. Pembangkang mendakwa bahawa UMNO BN kononya telah membawa masuk  40,000 pengundi hantu Bangladesh, berita palsu kononnya black out (bekalan elektrik terputus) padahal orang mesti fikir kalau black out pun masih siang hari, peti undi tutup pada jam 5 dan 5.30 (petang), masih cerah lagi, Counting agent pembangkang pun ada kat situ, lawatan keluar negara kononnya akan jual negara, masa ke China kata benda sama, begitu juga Arab Saudi dan terbaru lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat.

Rekod negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2009 amat baik dengan pelbagai perubahan dan transformasi yang diperkenalkan. Penyebaran berita palsu ketika ini dilihat telah melampaui batas, tiba masanya satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menentang penyebaran berita palsu oleh golongan ini kerana banyak maklumat yang diberikan 100 peratus salah.

Penyebaran berita palsu adalah bertentangan dengan proses demokrasi dan jawatankuasa ini ditubuhkan bukan menyekat mana-mana pihak bersuara sebaliknya kebebasan bersuara perlu ada batas dan hadnya. perlu dikendalikan mengikut prosedur dan tatacara ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian kebocoran atau ketirisan maklumat kerajaan.

Comments