CUKAI PINTU KUALA LANGAT NAIK 400% DI SEBALIK SLOGAN "PEDULI RAKYAT" YANG DILAUNGKAN OLEH AZMIN ALI SELAMA INI



Dengan slogan ’Peduli Rakyat’ dan mendakwa rizab negeri bernilai berbilion ringgit tiada sebab penduduk di Selangor harus mengeluh dan menuding jari kepada kerajaan negeri yang mendabik dada kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan.

Namun hakikatnya, semua itu hanya indah di atas kertas dan natijahnya keluhan demi keluhan semakin kedengaran di akar umbi. Di Kuala Langat, penduduk bingung dan terkejut apabila kadar baharu caj cukai taksiran di daerah itu naik 400 peratus.

Tahniah #smartKorupSelangor kartel melanun kaya, rakyat dicukai terseksa tapi dalam media konon beri itu dan ini. Apa pun, kenaikan cukai ini adalah benar dan bukanlah fitnah yang sengaja direka bagi meraih kepentingan politik. 

Jika tidak, masakan hansard Dewan Undangan Negeri sewaktu pembentangan Belanjawan 2018 negeri Selangor disebut dengan jelas oleh menteri besar bahawa setakat 31 Oktober 2017. Manakala hasil perolehan negeri melalui cukai mencatatkan kutipan sebanyak RM 625.77 juta (99.44 peratus), hasil bukan cukai mencatatkan RM 1.67 bilion (97.73 peratus) dan terimaan bukan hasil berjumlah RM 206.63 juta (97.62 peratus) menjadikan jumlah perolehan keseluruhan sebanyak RM2.5 bilion?

Jika dengan jumlah tersebut, Kerajaan Selangor sebenarnya boleh memilih untuk tidak menaikkan cukai secara mendadak sehingga lebih 400%. Kerajaan negeri boleh memilih untuk menaikkan kadar cukai tersebut sedikit demi sedikit selari dengan pendapatan dan kepesatan pembangunan penduduk di Kuala Langat.

Rakyat Selangor lebih bimbang kerana Menteri Besar turut menyasarkan perolehan 2018 sebanyak RM2.55 bilion dengan sebahagian besarnya adalah dari cukai taksir disebut terdahulu termasuklah cukai-cukai berkenaan hasil tanah dan hartanah.

Dan lebih rakyat Selangor bimbang kerana belanjawan itu meletakkan sejumlah RM3.12 bilion sebagai perbelanjaan keseluruhan mentadbir dan menyelenggara negeri Selangor yang bersifat defisit dari perolehan.

Persoalannya, adakah rakyat Selangor sedar ke mana perginya cukai-cukai negeri yang rakyat bayar ini digunakan sepenuhnya sedangkan banyak perkara berkenaan keselesaan kita sebagai penduduk negeri Selangor masih dipertikaikan?

Comments