BANTUAN ROTI CANAI, SAYUR BUSUK DAN PISANG GORENG MERUPAKAN STRATEGI NURUL IZZAH MEMPERKENALKAN CALON PENGGANTI AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
Sejak akhir-akhir ini, kita dapat melihat keakraban Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil di dalam setiap event yang mereka hadiri. Mereka akan bersama bagi menjayakan program yang telah diatur oleh parti walaupun program tersebut hanya untuk mengedarkan goreng pisang panas di kawasan Parlimen Lembah Pantai.
Setelah 5 tahun menjadi ibu tunggal dalam istilah nakalnya janda, Nurul Izzah sememangnya memerlukan seorang insan yang bernama suami bagi menemaninya dalam mengharungi kancah politik sempit yang dipelopori papanya suatu ketika dahulu.
Banyak mata yang memandang kelibat Fahmi Fadzil yang juga merupakan Pengarah Komunikasi • Timbalan Setiausaha Agung • Naib Ketua AMK • Ketua AMK Lembah Pantai. Kuala Lumpur adalah pasangan yang ideal untuk janda anak satu itu.
Namun, jika dipandang dari sudut politik Nurul Izzah sebenarnya sedang groom pelapisnya yang akan menggantikan tempatnya untuk menjadi YB di Parlimen Lembah Pantai.
Walaupun Nurul Izzah dalam satu kenyataannya sebelum ini menegaskan dirinya akan mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya. Namun diakhir kata-katanya, dia juga akan akur sekiranya dirinya diarahkan untuk ditukarkan ke kawasan Parlimen yang lebih selamat untuk dirinya.
Nampak sangat strategi politik PKR dan PH sudah dapat dibaca oleh pengundinya. Ini kerana setelah 9 tahun menyandang Ahli Parlimen Lembah Pantai baru 2 hingga 3 bulan ini sahaja Nurul Izzah turun padang untuk memberikan sumbangan dan bantuan berbentuk sayur busuk, goreng pisang dan roti canai yang modalnya tidak sampai RM1000 jika berbanding gajinya sebagai Ahli Parlimen yang mencecah RM20 ribu.
Inilah wajah sebenar Pakatan Harapan yang hanya akan bertemu pengundinya untuk menabur janji palsu apabila demam Pilihanraya tiba. Diaharap pengundi di sana dapat membuka mata mereka untuk tidak memilih mana-mana calon yang ditawarkan oleh PKR dan PH.
Comments
Post a Comment