BANGSAT MAHATHIR, DAPAT DANA PRU RM7 BILION TAPI “WAYANG” JADI PENGEMIS MINTA SEDEKAH




Menjelang PRU ke-14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kesemua parti-parti politik telah membuat persiapan yang amat teliti. Pada peringkat ini, parti pembangkang khususnya iaitu Pakatan harapan (PH) akan mencari sebanyak mungkin dana bagi menghadapi PRU nanti. Ada beberapa parti yang cuba mendapatkan simpati rakyat dengan menjadi “pengemis” sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan dana. 

Namun, apa yang lebih menarik dan mengejutkan ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Mahathir juga telah meminta sedekah kepada rakyat. Hal ini amat mengejutkan kerana kita semua sedia maklum bahawa kekayaan keluarga Mahathir ini adalah sehingga 7 keturunan boleh mewarisi kekayaan mereka ini. 

Mokhzani Mahathir dengan syarikat Kenchana Petroleum, Mirzan Mahathir dengan syarikat arak terbesar di Filipina San Miguel nya dan Mukhriz dengan syarikat OPCOM yang nyata mereka mampu meraih berbilion ringgit dari syarikat-syarikat tersebut. Ini semua adalah antara jasa bapanya Mahathir semasa menjadi PM dahulu dengan menggunakan kuasa politiknya untuk menjadikan anaknya kaya dan hidup mewah. Mahathir memang terkenal dengan sifat “Nepotisme” dan “Kronisme” semasa menjadi PM dahulu. 

Keraguan ramai pihak akhirnya telah dibuktikan dengan pembongkaran yang telah dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membongkar kegiatan Presiden Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah membawa masuk 1.8 Bilion USD bersamaan dengan RM 7 Bilion untuk dana Pilihanraya Umum Ke - 14 (PRU14) yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. 

Menurut Jamal, baru-baru ini Mahathir telah melancarkan tabung kutipan derma khususnya buat penyokong parti tersebut bagi menampung perbelanjaan untuk menghadapi PRU-14. Namun apa yang dilakukan oleh mereka sekadar wayang bagi mengaburi mata rakyat. Mereka melancarkan tabung berkenaan bagi menutup tembelang mereka yang telah membawa masuk dana RM7 bilion hasil samunan semasa pemerintahan Mahthir dahulu yang telah ditempatkan di luar Negara. 

Jamal juga telah mendedahkan bagaimana PH mahu meletakkan Mahathir sebagai Pengerusi Parti Pembangkang tersebut. Mahathir terdahulu telah memberikan wang sebanyak RM1 bilion kepada DAP dan RM700 juta kepada PKR. 

" Jika perkara berkenaan tidak benar, saya minta Tun Mahathir saman saya supaya mudah saya mengemukakan bukti-bukti ,apa yang mereka sedang lakukan di dalam negara kita ini," kata Jamal yang 

Persoalannya disini, mengapa Mahathir begitu taksub untuk menjadi PM semula sehingga sanggup menggunakan wang untuk membeli jawatan sebagai calon PM? Mengapa Mahathir sanggup memperbodohkan rakyat dengan meraih simpati mereka? Mahathir sanggup tunduk dengan kehendak DAP hanya untuk menjadi “Top Dog”? 

Untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara ini, kita seharusnya menjadi insan yang bijak untuk memilih seorang pemimpin. Kita juga perlu bersyukur dengan kejayaan yang telah Negara kita kecapi sehingga ke hari ini. Kekalkan pemimpin yang sedia ada dan tolak agenda-agenda politik pembangkang yang nyata mereka adalah golongan yang gilakan kuasa sahaja.

Comments