Walaupun pernyataan berkenaan seolah-olah memperlekehkan Gerakan Reformasi, hakikatnya Gerakan Reformasi sudah kehilangan indentitinya.
Seperti yang diketahui, ‘Reformasi’ adalah laungan untuk membela seorang pemimpin yang telah dianiaya yang juga merupakan pemimpin yang dijunjung dan diagungkan oleh lebih puluhan ribu orang kira-kira 20 tahun dahulu. Para penyokong sanggup berhimpun di Dataran Merdeka dan bermandi “water cannon” dan mencuci mata dengan gas pemedih mata. Bahkan ada ibu-bapa bodoh yang sanggup membawa anak-anak mereka berusia bawah lima tahun untuk bersama-sama.
Pemimpin yang dianaiya tersebut? Anwar Ibrahim.
Dan orang menganaiya pemimpin tersebut? Mahathir
Dua puluh tahun telah berlalu setelah gerakan tersebut dilancarkan? Anwar Ibrahim dan Mahathir telah bertemu dan bersalam pada 9 September 2016. Ada yang mengatakan bahawa pertemuan tersebut melambangkan permulaan kerjasama antara kedua-dua pemimpin.
Malangnya, peristiwa tersebut melambangkan berakhirnya Gerakan Reformasi memandangkan Mahathir yang menjadi punca gerakan tersebut dilancarkan telah menjadi sekutu Anwar Ibrahim. Shariffuddin Budin, Badaruddin Ismail dan Hisahamuddin Rais mungkin menganggap Mahathir adalah penyelamat gerakan berkenaan tetapi persoalannya adakah tanpa Mahathir, gerakan berkenaan akan berakhir?
Tidak.
Dakwaan Shariffuddin yang penahanan Anwar pada 2015 selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan menyebabkan PR yang dianggotai PKR, PAS dan DAP berpecah hanyalah usaha untuk menghalalkan Mahathir setelah dua dekad ditentang. Logik tersebut adalah terlalu lemah kerana tidak berjaya menerangkan bagaimana PKR masih bertahankan selama 20 tahun walaupun di dalam tempoh tersebut, Anwar telah dipenjarakan hampir sedekad.
Badaruddin Ismail mendakwa bahawa Mahathir ditentang kerana kezaliman terhadap Anwar.
“Kita melawan Dr Mahathir dulu kerana sistem yang digunapakai pada waktu itu, bukan melawan batang tubuh Dr Mahathir,”
Melawan sistem dan bukannya menentang pemimpin yang menggunakan sistem tersebut? Sistem adalah prosedur yang tidak hidup dan tidak mempunyai keinginan atau minda. Sistem akan digunakan oleh manusia yang menentukan cara penggunaannya. Pernyataan Badaruddin bagi mempertahankan Mahathir adalah sangat lemah.
Bayangkan seorang penjenayah memukul mangsanya dengan kayu. Adakah kita akan menangkap penjenayah atau kayu?
Sekarang, bayangkan seorang Mahathir mengambil tindakan terhadap Anwar menggunakan sistem sedia ada? Adakah kita akan membantah Mahathir atau sistem sedia ada?
Bodohkan?
Kalau anda masih tidak dapat menerima kebodohan pernyataan tersebut, bayangkan seorang mengarahkan anda disiram dengan water cannon. Apabila dibicarakan, water cannon yang dihukum manakala orang yang mengarahkan anda disiram menjadi pemimpin anda.
Memang bodoh.
Sebab itulah walau apa orang cuba dikatakan, gerakan reformasi telah mati, lebih tepat mati pada 7 Januari 2018 iaitu tarikh Mahathir dilantik sebagai pemimpin Pakatan Harapan. Mahathir telah berjaya menjadi pemimpin kepada gerakan yang pernah diketuai oleh Anwar Ibrahim, orang yang pernah dianaiya oleh beliau.
Comments
Post a Comment