APA SUMBANGAN AZMIN ALI & PAKATAN HARAPAN SEPANJANG 10 TAHUN MEMERINTAH SELANGOR?


Sudah 2 penggal Pakatan Harapan Selangor mengurus dan mentadbir negeri Selangor, tetapi malangnya apa 'wow' faktor yang dibawa pentadbiran Pakatan Harapan sepanjang mereka memerintah. Jika rakyat tahu cuba senaraikan sumbangan yang dibuat Kerajaan Pakatan Harapan Selangor untuk negeri itu. Sudah tentu bila anda memikirkan perkara ini, pasti anda akan terkedu kerana pembangunan yang dibawa kerajaan ini masih ditakuk lama. Mengapa ianya ditakuk lama? Ini jawapannya.

Apa yang berlaku di Selangor sekarang ialah proses pembangunan biasa sahaja iaitu menyambung kesinambungan era Barisan Nasional (BN). Jesteru, di Selangor kita tidak nampak banyak perubahan dari segi pembangunan hebat kerana pemimpin Pakatan Harapannya hanya pandai menguruskan tapi tiada idea untuk mempertingkatkan lagi ekonomi sedia ada. Dalam hal ini, sesiapa sahaja boleh mengurus, anda letak seorang pentadbir untuk urus, mereka boleh laksanakan, tapi isunya sekarang, jika anda menjadi pemimpin sudah pasti anda perlu ada satu idea untuk memperhebatkan apakah yang dikatakan ekonomi negeri anda.

Sepatutnya dalam tempoh 10 tahun di Selangor, sudah banyak dan lebih banyak pembangunan dilaksanakan, sebaliknya pembangkang hanya berdalih dengan pelbagai alasan. Cuba Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor namakan satu pembangunan yang dibuat sepanjang tempoh 10 tahun Pakatan Harapan memerintah negeri itu. Setakat membaik pulih pintu gerbang masuk negeri Selangor di lebuhraya Persekutuan bernilai jutaan ringgit, sesiapapun boleh buat.

Kini sudah 10 tahun berlalu, dulu dia kata eh baru lima tahun, satu penggal, tak ada masa untuk melakukan urusan ini, kali ini apa pula alasan mereka kata tak boleh buat? Hakikatnya rakyat perlu menerima kenyataan bahawa segala pembangunan yang ada di Selangor hari ini adalah ciptaan BN, bahkan Azmin Ali hanya mengurus apa yang sudah dibangunkan oleh pemimpin BN. Jelas di sini, adalah dibuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak efektif dan tidak berdaya saing untuk memacu ekonomi negeri Selangor. Jangan terkejut suatu hari nanti, jika Selangor masih lagi dikuasai Pakatan Harapan, tidak mustahil negeri ini akan ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri-negeri lain yang kian rancak membangun.

Comments