‘U’-LAMA MAHATHIR MENGELUARKAN FATWA BARU BERKENAAN PRU: MACAM MANA PULAK FATWA BERHUBUNG PERLAKUAN KELUARGA BELIAU?



Baru-baru ini Mahathir dikejutkan apabila ada beberapa pihak yang menyamakan pilihanraya yang akan datang seperti memilih antara Pepsi atau Coca-cola. 

Sudah tentu Mahathir akan menyatakan pandangan dan hujah logik bagi menentang persepsi tersebut…

Malangnya tidak. Mahathir yang mungkin merasakan beliau cukup ‘ulama’ bertindak mengeluarkan fa-tua baru beliau. Semalam, melalui blognya, Chedet, Mahathir dikatakan mempersoalkan adakah babi haram atau tidak jika disembelih dengan menyebut nama tuhan.

Agak pelik mengapa Mahathir merujuk kepada Pakatan Harapan sebagai babi. Yalah, haram atau tidak, babi Pakatan Harapan masih menjadi tunggangan beliau dan Mukhriz bagi dalam cubaan menyondol kerajaan BN pimpinan Najib. Oleh itu, mungkin adalah wajar bagi Mahathir untuk tidak menyembelih babi Pakatan Harapan tunggangan beliau sebelum pilihanraya berakhir.

Apa pun, sudah menjadi hakikat bahawa keluarga Mahathir seolah-olah mempunyai mazhab sendiri, ataupun wajar dipanggil sebagai Mazhab Mahathir yang disebarkan oleh Nabi Palsu Mahathir. Hanya perkara itulah yang dapat menjelaskan perilaku keluarga Mahathir seperti berikut:

1. Mahathir memperlekehkan Rasulullah dengan mengatakan Rasulullah dan sahabat tidak bercukur kerana tiada pisau cukur walaupun pada ketika itu amalan bercukur dan membotakkan kepala berlaku di sekitar semenanjung Arab.

2. Mahathir menentukan bantuan kepada rakyat yang memerlukan adalah haram dan haji yang dibantu oleh 1MDB sebagai tidak sah.

3. Mahathir membayangkan bahawa Rasulullah sepatutnya mendapat wang sebanyak RM 2.6 billion di Kongres DAP.

4. Anak Mirzan Mahathir menjadi pengarah syarikat San Miguel yang dikenali sebagai pengeluar arak terkemuka Filipina. 

5. Anak Marina Mahathir yang diketahui umum sebagai penyokong LGBT baru-baru ini mendakwa Malaysia di ambang kemerosotan jika negara meneruskan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat, tetapi menyuburkan keganasan.

6. Cucu Mahathir tersebut dengan angkuh memuatnaik gambar tidur bersama anjing-anjing kesayangan berserta kapsyen “All my bitches love me” menerusi laman Instagram miliknya yang juga dikongsikan secara umum

Sebagai seorang tokoh yang dianggap hebat, sudah tentu ideologi Mahathir mempengaruhi fikiran anak-anak dan cucu serta kaum kerabatnya. Dan sudah tentulah anak-anak dan cucu-cucunya patut menjadi orang-orang yang hebat dari segi pemikiran.Namun mengapa anak-anak dan cucu-cucu beliau memaparkan tindakan dan cara pemikiran yang songsang serta jauh dari kebenaran?

Mudah sahaja. Bak kata pepatah Melayu, Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi. Kalau kuah dah basi serta busuk dituangkan ke atas nasi yang baru masak, nescaya nasi itu pun boleh jadi rosak. Jadi mengapa anak dan cucu rosak? Tengok sahaja Mahathir sebagai contoh sempadan yang tidak boleh diikuti langsung.

Comments