Rakyat Sarawak bukannya bodoh dengan mudah diperdayakan oleh pembangkang Pakatan Harapan termasuklah Mahathir. Bagi rakyat Sarawak hanya mereka sahaja yang berhak memilih kerajaan yang mereka mahukan. Rakyat Sarawak akan menentukan masa depan mereka sendiri dan mereka bukannya bodoh mudah sangat diperdaya dan diperbodohkan oleh pembangkang.
Rakyat Sarawak mempunyai prinsip dan mahu pemimpin politik yang dapat menunaikan janji dan projek pembangunan dan bukan sebaliknya yang hanya mampu memberikan janji-janji manis dan palsu sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang Pakatan Harapan dan Mahathir.
Rakyat Sarawak sendiri sedar apabila melihat tindakan Mahathir bekas Perdana Menteri yang selama ini memerintah UMNO dan membenci DAP sanggup bersengkongkol dan bekerjasama dengan pemimpin DAP sekarang ini. Dulu bukankah Mahathir yang mengkritik dan melabel Kit Siang dengan pelbagai gelaran yang terkutuk. Mahathir melabelkan DAP anti Melayu, anti Islam dan cauvinis.
Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Mahathir tidak pernah membawa kemajuan dan pembangunan kepada rakyat Sarawak. Lihat sahajah semasa pemerintahan Mahathir, rakyat Sarawak nak minta jalan raya pesisir dibangunkan. Kita dah ada jalan bukit yang ada sekarang, kita rasa kita juga perlukan jalan pesisir. Tunggu punya tunggu sampai tapi tetap tak ada jawapan untuk bangunkan jalan pesisir. Tak ada peruntukan. Kenapa? Sebaliknya sejak berada di bawah pentadbiran dan pemerintahan Perdana Menteri telah mengotakan janjinya melaksanakan projek Lebuh Raya Pan Borneo dan kemajuan kepada rakyat Sarawak.
Kesimpulannya rakyat Sarawak seharusnya sedar dan memberikan sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana hanya Barisan Nasional satu-satunya kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat Sarawak dan seterusnya membawa kemajuan dan pembangunan kepada rakyat Sarawak.
Comments
Post a Comment