PPBM TIDAK MAMPU UNTUK MENTADBIR AGM SENDIRI, MEMANDAI HENDAK MENTADBIR NEGARA?



Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PPBM yang diadakan baru-baru ini tidak mempunyai apa-apa agenda bagi membangunkan negara sekiranya PPBM dan rakan-rakan Pakatan Harapan berjaya menguasai Malaysia. Sebaliknya mesyuarat berkenaan hanya menjadi medan bagi Dr Mahathir menyerang Najib. 

Selain itu, AGM berkenaan hanya bertujuan mengelakkan PPBM dibatalkan pendaftaran atau tidak melayakkannya bertanding di dalam Pilihanraya Umum Ke-14. 

Namun, PPBM jelas menunjukkan bahawa ianya tidak mempunyai kemampuan untuk mentadbir diri sendiri dan seterusnya tidak layak mentadbir negara. Semakin ramai pemimpin di dalam parti berkenaan yang tampil membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status AGM yang dikatakan tidak sah. 

Salah seorang pemimpin yang berbuat demikian adalah Pemangku Ketua Pemuda PPBM Temerloh, Pahang, Sharipul Fairuz Mohd Sharip dan Ketua PPBM bahagian Temerloh, Amerus Che Onn yang tampil membuat laporan kepada ROS berikut kegagalan setiap peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum AGM dilaksanakan pada peringkat pusat. 

Mungkin ada yang mempersoalkan tindakan ROS mengfokuskan kepada pelanggaran perlembagaan parti kerana PPBM tidak mengadakan AGM. Tetapi parti-parti dan  pertubuhan-pertubuhan lain boleh mengadakannya, mengapa PPBM tidak boleh. Sebagai contoh, DAP memanipulasi keputusan pemilihan AGMnya tetapi parti berkenaan masih dapat memenuhi peraturan tersebut. 

Oleh itu, jika PPBM tidak mampu mengadakan AGM, mengapa kita perlu mempercayai parti berkenaan mentadbir negara ini? Sebab Mahathir?

Comments