PERANGKAP AZMIN TAK MENJADI, GOMBAK KUBU KUAT PAS, MAHATHIR PULA MAHU TEMPAT SELAMAT



Semakin terserlah gelagat Azmin Ali yang terlalu bencikan Mahathir kerana dilantik untuk menjadi Perdana Menteri. Kali ini Azmin Ali cuba menyerahkan kerusi Parlimen Gombak kepada mentornya itu dengan harapan Mahathir akan kalah di sana.

Mengapa akan kalah??

Parlimen Gombak adalah kubu kuat PAS. Azmin Ali menang di sana juga adalah atas usaha keras PAS yang sanggup bergodok gadai harta dan nyawa melawan jentera Umno dan Barisan Nasional pada PRU-12 dan PRU-13 yang lalu.

Oleh itu, Azmin Ali mula sedar bahawa tempatnya sudah tidak selamat lagi tanpa bantuan Anwar Ibrahim dan sekutu kuatnya PAS. Sebab itu ada khabar angin yang menyatakan bahawa Azmin Ali cuba membuat rundingan pintu belakang dengan PAS bagi memastikan 'TAHALUF SIASI' antara PAS dan PKR diteruskan pada PRU-14 kali ini.

Azmin Ali sebenarnya bercita-cita untuk bertanding di Shah Alam apabila penyandangnya Khalid Samad telah keluar PAS dan menyertai PAN. Azmin Ali beranggapan dengan majoriti pengundi Melayu di Shah Alam dapat menyelamatkannya dari tersungkur dalam kancah politik Pakatan Harapan yang cuba di kawal Mahathir dan DAP.

Jika tawaran Azmin Ali kepada Mahathir diterima, kemungkinan besar Mahathir akan kalah di Gombak dan kekalahan tersebut akan membantutkan usaha Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Interim PH. Jika Mahathir tidak layak kerana kekalahan tersebut, nama Azmin Ali akan diangkat oleh penyokongnya bagi menggantikan Mahathir.

Nurul Izzah atau ibu Wan Azizah adalah calon yang lemah untuk merampas jawatan tersebut. Pada masa yang sama, usaha pendedak PH untuk membebaskan Anwar Ibrahim lebih awal akan terbantut serta gagal kerana Azmin Ali sudah lama berdendam dengan Ketua Umum PKR itu atas beberapa keputusan yang dibuatnya tidak menyebelahi Menteri Besar Selangor dan juga Timbalan Presiden PKR tersebut.

Politik yang diamalkan Azmin Ali adalah politik jamban dan politik SUKANAYA kepada orang lain mahupun kawan ataupu lawan. Maka berhati-hatilah kepada pengundi sekalian jika memilih calon. PAS sudah menyesal kerana mengangkat Azmin Ali sebagai MB Selangor pada masa dahulu. Jangan diulangi lagi kesilapan yang lalu.

Namun, Mahathir sudah mempunyai kerusi Parlimen yang telah disasarkannya iaitu di kerusi Parlimen Putrajaya, Kubang Pasu dan Langkawi. Akan tetapi bukan mudah Mahathir untuk mencapai kemenangan ditempat tersebut kerana pengundi di sana mahukan UMNO/BN untuk menjadi wakil mereka di dalam Parlimen akan datang.

Comments