Pembangkang PPBM seharusnya mengakui Barisan Nasional bakal mencapai dan mengecapi kemenangan seterusnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang. Tidak kiralah walaupun wujud PPBM parti baru sekalipun, namun Kerajaan Barisan Nasional masih tetap menjadi pilihan utama dan terbaik rakyat. Adakah pembangkang PPBM benar-benar bersedia untuk mengambil alih kerajaan sedia ada sekarang? Kalau kita dapat lihat nampak gayanya Parti Bunga sendiri tidak yakin dengan segala kebolehan dan kemampuan yang dimiliki oleh parti mereka sendiri.
Adakah Parti Bunga sudah bersedia untuk membentuk satu kerajaan baru sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan menjelang tidak lama lagi? Hakikatnya Parti Bunga tidak bersedia untuk membentuk kerajaan yang berjaya memenangi hati rakyat sekiranya mereka menang pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Rakyat tidak akan yakin dengan kebolehan dan kemampuan PPBM sekiranya hanya dalam Parti bunga sendiri mereka masih bertikam lidah dan berselisih faham. Parti Bunga tidak layak mengambil alih kerajaan sekarang ini sekiranya mereka masih berperangai dan bersikap kebudak-budakan.
Kesimpulannya kalau Parti Bunga bermimpi mahu mengambil alih kerajaan, mereka seharusnya memperkukuhkan lagi kerjasama antara mereka dan bukanya bergaduh dan bertikam lidah. Kalau asyik bergaduh dan bertikam lidah jangan haraplan Parti Bunga dapat mengambil alih dan mentadbir negara.
Comments
Post a Comment