MAHFUZ SEMAKIN TERDESAK !!! SANGGUP BERKELAKUAN BIADAP HINA SULTAN PAHANG


Siapa yang tidak kenal dengan si tua Mahfuz Omar iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena. Beliau dahulunya merupakan ahli PAS sehinggalah didesak oleh ahli-ahli PAS supaya meletakkan jawatan kerana sering menjadi “duri dalam daging”parti itu. Rata-rata ahli dalaman PAS sendiri menyampah dengannya yang bersikap suka mengkritik secara membabi buta.

Mahfuz dilihat seolah-olah sedang mencari modal baru untuk meneruskan karier politiknya yang kelihatan samar setelah bertindak keluar dari PAS. Terbaru, viral video si tua Mahfuz Omar ini bersikap biadap terhadap KDYMM Sultan Pahang. Beliau dengan bersahaja menghina KDYMM Sultan Pahang yang sedang gering. Si tua Mahfuz telah cuba mempertikaikan umur KDYMM dengan Tun Mahathir walaupun sudah lanjut tetapi masih lagi layak untuk memerintah.

Mahfuz berkata kenyataannya di dalam video tersebut sengaja di “spin” oleh UMNO. Sudah terang lagi bersuluh memang si tua Mahfuz ini telah menghina KDYMM Sultan Pahang yang sedang gering menyambut hari kelahirannya. Jika soal umur yang hendak dibandingkan, kenapa perlu melibatkan sultan?

Pada awalnya Mahfuz berkeras untuk tidak memohon maaf berkenaan berkenaan dengan isu video itu. Adakah Mahfuz berasa dirinya cukup” kebal” dari Undang-Undang Malaysia sehingga berani mencabar Institusi Raja secara terbuka? Namun,setelah didesak oleh ramai pihak sehingga membuatkan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah murka terhadapanya,Mahfuz telah memohon maaf secara terbuka. Namun,adakah Mahfuz ikhlas untuk berbuat sedemikian? atau mungkin Mahfuz sekadar menurut perintah ahli DAP lain untuk berbuat sedemikian ? apakah agenda mereka sebenarnya?

Ternyata si tua Mahfuz ini sanggup lakukan apa sahaja supaya beliau dapat meneruskan kerjaya politik “jijik” nya walaupun dengan cara menghina Sultan-Sultan Melayu. Kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat “beracun “ untuk rakyat Malaysia kerana si tua Mahfuz ini tidak akan berhenti dari melakukan cerita temberangnya.

Apa yang dilakukan Mahfuz ini sangat melampau dan tidak boleh diterima oleh ramai pihak khususnya buat semua anak kelahiran Pahang Darul Makmur. Viralnya video tersebut telah mendapat kecaman hebat di seluruh Malaysia kerana mereka melihat semakin ramai ahli politik yang cuba menjadikan Institusi Raja sebagai modal untuk berpolitik.

Adakah mahfuz telah berjaya di hasut oleh DAP untuk berbuat tomahan dan kutukan sedemikian? Kerana kita semua tahu DAP memang tidak menyokong Institusi Kesultanan Melayu sejak dahulu lagi. Adakah Mahfuz Omar sekadar menjadi kuda tunggangan DAP sahaja? Jika benar, sudah pasti Mahfuz akan mendapat pujian melambung dari semua penyokong-penyokong DAP.

Comments