Sebelum ini Kit Siang pernah membuat kenyataan bahawa bahawa DAP akan menguasai semua bandar-bandar utama di Malaysia. Kononnya Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP akan menguasai semua ibu kota di Malaysia. Dan kini sudah sampai masanya untuk Kit Siang dan DAP menguasai Johor Bahru. DAP telah bertapak semalam 18 tahun di Kota Melaka. Begitu juga Seremban, Kuala Lumpur, Ipoh, ALor Setar, Pulau inang, Kota baru dan Kuantan. Tidak termasuk juga adalah Kuching dan Kota Kinabalu.
Lim Kit Siang kata, dengan penguasaan DAP di Johor Baru, DAP akan mengubah nasib Johor Baru. SUngguhkah DAP yang mengubah nasib bandar-bandar ibukota atau ianya dimajukan oleh kerajaan-kerajaan BN sebagai keperluan semasa dan rasa tanggungjawab untuk membangunkan negara tanpa kita bansa dan parti? Kit Siang kata orang Cina boleh melakukan kejutan dan dia menyaurakan hasrat DAP untuk memastikan tiga parlimen dan 6 DUN di menangi oleh DAP di Johor. Dengan kemennagn sebanyak itu, bagaimana DAP nak bawa perubahan melainkan hanya melakukan huru hara, berdemo dan melalak di media saja.
Kesimpulannya DAP tidak perlu menguasai bandar-bandar kerana DAP tidak layak langsung menguasai dan memerintah bandar-bandar besar berkenaan. Rakyat tahu sekiranya DAP menguasai bandar-bandar besar itu, kawasan dan negeri berkenaan akan lingkup dan musnah di bawah DAP.
Comments
Post a Comment