KEMPEN #UNDIROSAK BUKTI RAMAI TOLAK MAHATHIR JADI PM


Bahang Piliharaya yang ke-14 semakin hangat, terbaru wujud golongan yang telah mewujudkan kempen #UndiRosak. Status dengan hashtag itu yang dilakukan oleh sebahagian “keyboard warrior” pada mulanya dianggap sebagai jenaka dan gurauan, kini kelihatan serius selepas kempen itu telah mendapat sambutan di media sosial seperti di facebook, twitter dan instagram.

Setelah diteliti satu persatu kebanyakan ahli keyboard warrior ini menggunakan hashtag tersebut adalah sebagai tanda protes setelah Mahathir dinamakan sebagai calon PM. Hal ini secara tidak lansung telah membuatkan ramai ahli Pakatan Harapan(PH) tidak senang duduk dengan keadaan ini. Sekiranya kempen ini diteruskan dan bakal mendapat ramai penyokong, semestinya ini akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional untuk memenangi PRU-14 akan datang.

Keadaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa golongan muda sekarang semakin sedar dan kenal siapa sebenar manusia di sebalik nama Tun Mahathir. Apa yang telah dilakukan oleh Mahathir selama menjadi PM dan memerintah negara selama 22 tahun adalah faktor utama untuk mendorong ahli keyboard warrior ini mewujudkan #UndiRosak. Dengan jiwa anak muda, mereka begitu lantang bersuara untuk tolak “Mahafiraun Mahathir”

Slogan “Inikalilah” yang pernah dilaungkan oleh mereka terus sahaja bertukar menjadi “lainkalilah” . Jelas sekali, penolakan mereka terhadap Mahathir bukan perkara yang main-main. Ada sesetengah mereka yang telah menukarkan slogan “reformasi” kepada “reformadey”. Mahathir terkenal dengan sikap korupsinya semasa memerintah negara dahulu. Mahathir yang juga bersifat “kronisme” dan “nepotisme” dimana sifat ini memang tidak disokong oleh mereka.

Sememangnya kempen yang semakin tular ini bakal menjadi mimpi buruk buat PH. Pada awalnya PH menganggap setelah Mahahthir dilantik menjadi calon PM ia akan memberikan kelebihan untuk mereka untuk memenangi PRU akan datang. Sebaliknya ia telah mendatangkan bencana untuk mereka dan bakal merencatkan usaha mereka untuk meraih jumlah undi yang banyak pada PRU nanti.

Kempen #UndiRosak ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa rakyat serius mahukan pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir negara dengan baik supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dan disegani. Pemimpin yang selayaknya untuk mentadbir negara dengan baik adalah Dato’ Seri Najib Razak. Beliau dilihat sebagai individu yang paling tepat untuk dikekalkan menjadi PM kerana sepanjang karier beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, telah banyak kejayaan yang telah dilakar olehnya. Semoga Barisan Nasional terus kekal memerintah negara ini untuk kini dan selamanya.



Comments