KARTEL AZMIN ALI MARAH PH UMUM TUN M CALON PM


Selangor Tolak Tun M !!!! itu isu sensasi di dalam media dan juga di dalam akhbar di seluruh Malaysia. Isu ini dijangka akan berlarutan dan kecoh selagi tidak berlaku PRU-14.

Kartel Azmin yang dianggotai oleh pemimpin dan ahli PKR Selangor yang mendukung cita-cita Azmin Ali untuk menjadi PM dikatakan berang dan marah apabila Pakatan Harapan mengumumkan Tun M sebagai PM Interima PH.

Ianya berpunca dari amanat Anwar Ibrahim yang dikatakan pada peringkat awal menolak dan tidak menyokong pencalonan Tun M sebagai PM. Namun pada saat akhir dan selepas dipujuk dan dirayu oleh 'orang-orang Pro Tun' Anwar Ibrahim terpaksa membuat pusingan U bagi membenarkan takhta PM jatuh kepada Tun M.

Jika nama Tun M tidak dicalonkan, sudah tentu nama Azmin Ali adalah ranking nombor satu untuk menjawat jawatan tersebut. Ini kerana, purata rakyat Selangor mahukan MB mereka naik sebagai orang nombor satu negara seterusnya menolak anasir PPBM dan PAN bagi merebut jawatan tersebut.

Kartel Azmin tidak berhenti untuk membuat bantahan atas keputusan tersebut. Mereka juga sebenarnya tidak mahu jawatan tersebut jatuh ke tangan Nurul Izzah kerana Anwar Ibrahim memang terkenal dengan amalan nepotisme nya.

Lihatlah sendiri TPM pun dan dinamakan Wan Azizah, jika Anwar Ibrahim bebas kelak, PM dan TPM adalah dari kalangan keluarga Anwar Ibrahim. Satu rekod dunia bakal dicipta Pakatan Harapan dalam arena politik Malaysia.

Comments