Ketika pembentangan Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri Dato' Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan meluluskan kajian kebolehlaksanaan untuk pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dan tanah besar Sabah bagi merancakkan ekonomi pulau itu.
Pembinaan jambatan Labuan - Menumbok bakal menjadi pemangkin kepada perubahan menyeluruh pulau bebas cukai ini, khususnya meningkatkan kemasukan pelabur dan memudahkan pergerakan penduduk kedua-dua wilayah.
Kerajaan tidak melihat aspek keuntungan dalam melaksanakan pembinaan jambatan berkenaan semata-mata, sebaliknya mengambil kira keperluan pembangunan pulau itu secara menyeluruh.
Walaupun ada orang kata kos pembinaan jambatan Labuan-Sabah mungkin tidak begitu menguntungkan, kerajaan tidak melihat kepada pulangan saja, sebaliknya kita mahu melihat pembangunan secara keseluruhan.
Jika pembinaan jambatan ini menjadi pemangkin perubahan Labuan dan jika disebabkan jambatan ini ekonomi Labuan lebih rancak dan penduduk boleh bergerak dengan mudah dan jika ia meyakinkan pelabur, maka berbaloi untuk Kerajaan membina jambatan ini. Semoga projek jambatan ini menjadi realiti dan dilancarkan pembinaannya selepas kajian dibuat.
Comments
Post a Comment