EZAM ADALAH BADUT POLITIK TERKINI! 6 KOTAK RASUAH PUN TAK TERDEDAH SEHINGGA KE HARI INI, INIKAN PULA NAK DEDAH ISU 1MDB


Adakah rakyat masih ingat lagi dengan retorik maha hebat enam kotak rasuah pemimpin Kerajaan yang dimomokkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ketika dahulu dalam tahun 2008? Sampai ke hari ini, 6 kotak tersebut tidak dapat didedahkan kepada rakyat oleh mereka yang mendakwa memiliki kotak ajaib ini. Malah Mohamad Ezam Mohd Nor yang juga mengiyakan kewujudan kotak ajaib tersebut turut gagal membuktikannya!

Untuk makluman, Ezam juga pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti PKR itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu! Tapi seperti biasa Anwar yang menjadi mentor Ezam hanya membohonginya dan hanya pandai berkata-kata. Tidak mustahil la perangai Ezam juga terikut sama seperti Anwar untuk melakukan pembohongan bersiri berkaitan misteri kotak ajaib mereka itu!

Pendek kata, bekas Ketua Pemuda PKR itu hanya mahu menjadi terkenal dengan “enam kotak ajaibnya” malahan tindakannya itu hanyalah satu taktik untuk mengalih perhatian orang ramai dan untuk mendapatkan publisiti murahan. Kali ini, Ezam hendak buat satu lagi pendedahan pembohongan yang kedua iaitu akan mendedahkan semua maklumat berkaitan salahguna kuasa dan penyelewengan berkaitan 1MDB sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi menghadapi PRU14 nanti.

Jawapannya mudah sahaja, Ezam tidak memiliki sebarang maklumat mengenai penyelewangan 1MDB sebaliknya beliau hanya membuat cerita mengenai isu ini demi politik murahannya. Seperti biasa beliau belajar dari mentornya Anwar Ibrahim untuk mencetuskan propaganda politik jahatnya saja!





Comments