DULU RINGGIT JATUH, SALAHKAN NAJIB. SEKARANG RINGGIT NAIK, KENAPA DIAM DAN TIDAK KATA BAHAWA NAJIB PUNCANYA?
Baru-baru ini Bursa Malaysia dan matawang Ringgit menunjukkan prestasi yang memberansangkan di mana pada 5 Januari, Bursa Malaysia menunjukkan peningkatan 14.52 mata iaitu 0.81% untuk ditutup pada 1,817.97 – tertinggi sejak Mei 2015. Ringgit pula telah berjaya mencecah RM 4.00 berbanding $1.00. Kedua-duanya menunjukkan bahawa tahap ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan memberansangkan.
Dan jentera propaganda Pakatan Harapan mendiamkan diri.
Apabila matawang ringgit jatuh sedikit, mereka dengan bisingnya bertempik bahawa Malaysia sudah menjadi negara bankrap dan puncanya adalah Najib.
Sebenarnya, ringgit serta ekonomi Malaysia naik atau turun adalah disebabkan pelbagai faktor. Walau sehebat mana Najib digambarkan oleh Pakatan Harapan sebagai mampu membangkrapkan Malaysia, hakikatnya Najib tidak mampu menggerakkan ekonomi Malaysia dengan diri sendiri sahaja.
Sebagai contoh baik, lihatlah projek-projek ‘Sweet Heart’ dan skandal-skandal yang berlaku di bawah pemerintahan Mahathir. Walaupun Mahathir telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membazirkan wang Malaysia, Malaysia masih kukuh sehingga sekarang.
Tapi Pakatan Harapan dan Mahathir berpura-pura tidak nampak hakikat tersebut dan sebaliknya menyalahkan apa sahaja yang berlaku termasuklah masalah bencana alam seperti di Pulau Pinang kepada Najib.
Jadi, kalau apa-apa buruk, Najib punya pasal, untuk adil, apa-apa yang baik pun Najib kira punya pasal juga.
Comments
Post a Comment