DULU KATA MELAYU MUDAH LUPA, SEKARANG GELAR MELAYU PEMALAS PULA



Mahathir dalam satu Wawancara Khas yang membincangkan hala tuju dan pencapaian Wawasan 2020 sejak ia dilancarkankan oleh mantan Perdana Menteri itu pada 1991 menolak dakwaan bahawasanya Wawasan 2020 ciptannya itu tidak mencapai matlamat atau gagal.

Namun sebaliknya, Mahathir menyalahkan sikap kaum Melayu yang dianggapnya 'PEMALAS' adalah punca utama kepada matlamatnya melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju tidak tercapai.

Wawasan 2020 yang dimaksudkan pada kaca mata Mahathir adalah melibatkan bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Namun, jika diukur pencapaian ekonomi pada era zaman pemerintahan Mahathir dahulu untuk dibandingkan pencapaian ekonomi di zaman pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak ianya jauh berbeza. Pendekatan PM Najib bagi mencapai wawasan negara amat ketara dan ianya digerakkan dengan usaha rakyat itu sendiri yang mahukan kemajuan dan kehidupan yang lebih baik.

Oleh itu PM Najib mempunyai perancangan jangka panjang seperti TN50 bagi memastikan matlamat negara mencapai sebuah negara maju tercapai lebih awal pada 2030. Perancangan TN50 juga tidak kosong. Ianya diisi dengan mengembeling tenaga muda pada masa ini untuk bersama-sama memberi idea untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Mahathir hanya tahu mengkritik tapi dia tidak tahu mencari jalan penyelesaiannya. Mahathir sebenarnya sudah diberikan ruang yang secukupnya selama 22 tahun memerintah untuk mengubah nasib Melayu. Kini dia tuduh Melayu PEMALAS pula.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga mampu untuk mengubah cara bekerja penjawat awam di Malaysia dengan mengikut modul pekerjaan penjawat awam di Europe dan Jepun. Tapi malangnya Mahathir hanya tahu membawa teknologi dan meminjam wang dari Jepun tanpa membawa budaya mereka bersama ke Malaysia dengan menjaja 'DASAR PANDANG KE TIMUR' nya sahaja. Tapi semua itu tidak membawa apa-apa perubahan, malah dilabelkan pula Melayu Itu Mudah Lupa !!!

Cuti yang diberikan PM Najib kebelakangan ini adalah untuk menghormati hari kebesaran dan keraian bagi penganut agama dan kaum yang hidup berbilang bangsa di Malaysia. Bagi cuti peristiwa pula, ianya adalah untuk meraikan kejayaan dan kemenangan kepada pasukan wira negara dalam mengharumkan nama negara di pentas dunia.

MAHATHIR HANYA TAHU 'KOMPLEN' SAHAJA.

Comments