DR MAHATHIR IBARAT SAMPAH YANG DIKUTIP BALIK OLEH PAKATAN HARAPAN


Pakatan Harapan yang diketuai DAP dilihat mengangkat semula Tun. Dr. Mahathir Mohamad walaupun pernah melabelkan bekas Perdana Menteri itu dengan pelbagai gelaran yang tidak baik sebelum ini.

Semua tahu bahawa Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang opportunis dan ditaktor ketika zaman pemerintahannya. Beliau juga merupakan pemimpin yang paling lama memerintah Malaysia selama 22 tahun.

Pelik tetapi benar, pendirian terbaharu PKR, DAP dan PAN itu merupakan petanda bahawa keempat-empat parti sanggup melakukan apa sahaja strategi bagi memperoleh kuasa pemerintahan termasuk mencalonkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Dahulu PKR, DAP dan PAN kata Dr. Mahathir sebagai ‘Mahazalim’, ‘Mahafiraun’, serta mengadakan demonstrasi dengan melaung-laungkan slogan ‘Reformasi’, ‘Undur Dr. Mahathir’ dan sebagainya. 

Tetapi hari ini mereka bukan sahaja tidak suruh undur, sebaliknya mereka ambil balik Dr. Mahathir! Pakatan Harapan kini ibarat mengutip sampah ke dalam parti mereka.

Comments