Diva Meletop Azwan Ali bersumpah dedah skandal Menteri Besar Selangor Azmin Ali sehinggakan Diva Meletop Azwan Ali sendiri membuat laporan polis berhubung semua salah laku termasuklah semua salah laki Azmin termasuk rasuah dan lain-lain lagi. Sebelum ini Azwan sudah pun menghantar bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku dan rasuah yang dikatakan ada hubung kait dengan Azmin.
Menurut Diva Meletop Azwan Ali, pendedahan ini bukan sahaja melibatkan salah laku seperti penyalahgunaan kuasa, aktiviti rasuah dan skandal seks malahan lebih daripada itu. Memandangkan beliau masih mempunyai bukti-bukti baharu berkait dengan rasuah dan salahlaku Azmin Ali yang masih belum dilaporkan maka sudah sewajarnya beliau membuat laporan polis dan menyerahkan bukti tambahan tersebut kepada pihak SPRM. Diva Meletop Azwan Ali juga mempunyai bukti yang cukup dan kukuh terhadap segala kejahatan yang dilakukan oleh Azmin termasuklah bukti terbaru skandal seks yang melibatkan Azmin.
Kesimpulannya apa yang dilakukan oleh Azwan Ali ini seharusnya dijadikan contoh teladan yang baik buat kita semua agar mendedahkan kejahatan mana-mana individu meskipun abang kandung sendiri yang melakukannya. Sedarlah rakyat Selangor jangan terus memperbodohkan diri anda, ubahlah masa depan dan nasib rakyat Selangor dengan memilih kerajaan yang benar-benar layak menjaga hak dan kebajikan orang Selangor sendiri dan bukannya mengambil kesempatan ke atas rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Azmin Ali selama ini.
Comments
Post a Comment