DIKALA PELADANG DAN PENEROKA SIBUK MEMPERTAHANKAN HAK MINYAK KELAPA SAWIT DARI DIBOIKOT EU, TAPI BEKAS NEGARAWAN BERKAWAN DENGAN EU UNTUK RUNTUHKAN KERAJAAN



Pelik dan luluh hati peneroka dan peladang apabila mendapati bekas negarawan dan juga mantan Perdana Menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun sudah hilang semangat patriotik dan sifat nasionalismenya kepada negara dan rakyat.

Malah pertemuan Mahathir dengan 16 Duta Negara Kesatuan Eropah (EU) pada 25 Januari lalu adalah ancaman kepada hubungan diplomatik dan kedaulatan Malaysia.

Pada ketika dahulu semasa memegang jawatan Perdana Menteri, Mahathir memang mengamalkan sifat pintu tertutupnya untuk sebarang rundingan dengan EU.

Akan tetapi apabila dirinya sudah terdesak untuk mendapatkan kuasa semula, Mahathir sanggup menggunakan kuasa luar seperti EU dan beberapa buah negara besar lain untuk memberi tekanan kepada negara serta beberapa sumber pendapatan seperti minyak kelapa sawit.

Pertemuan itu membahayakan usaha kerajaan untuk melindungi kedaulatan dan kedudukan negara dalam industri minyak sawit. Kompromi yang berbahaya itu boleh memberi kesan secara langsung kepada pendapatan beratus ribu penanam sawit di Malaysia.

Yang paling menyedihkan, Mahathir kini menyerupai tabiat semua pemimpin pembangkang, menyokong campur tangan asing dalam sebuah negara yang demokratik dan bebas.

Malaysia mempunyai hubungan baik dengan EU dan sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dalam dialog diplomatik antara kerajaan dengan negara anggota EU. Baru-baru ini juga kerajaan dapat meminta EU menangguhkan hasratnya untuk menyekat produk minyak kelapa sawit ke negara mereka dan mereka bersetuju untuk membawa perkara tersebut ke meja rundingan.

Selain EU, India juga telah memberi tekanan kepada produk minyak sawit negara dengan bercadang untuk menaikkan cukai dari 15% ke 30%. Namun, atas usaha berterusan dan rundingan yang dicapai antara Perdana Menteri Dato Seri Najib bersama Perdana Menteri India mereka bersetuju untuk mempertimbangkan bagi mengurangkan kadar tersebut.

Inilah sifat konsisten kerajaan untuk membantu peneroka dan peladang kelapa sawit di Malaysia dan di seluruh dunia. Bukan macam Mahathir hanya tahu meruntuhkan dan memburukkan kerajaan kerana perasaan dendamnya sahaja.

Comments