DAP TIDAK AKAN BERI LALUAN MUDAH KEPADA PARTI KOMPONEN LAIN DALAM PAKATAN HARAPAN TERMASUK DR MAHATHIR


DAP adalah sebuah parti yang berpandangan jauh dan bersifat imperialis. Berdasarkan kepada agihan kerusi di Semenanjung yang baru diumumkan oleh pucuk pimpinan Pakatan Harapan mendedahkan sifat opportunis DAP yang terus mengekalkan kerusi selamat mereka iaitu sebanyak 30 kerusi dan tambahan 5 lagi kerusi untuk dirampas dari parti lawan.

Meskipun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan, namun adalah diyakini DAP tidak akan memberikan kerusi kepada bekas Perdana Menteri itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Persoalan kini sejauh mana keikhlasan DAP untuk menerima Dr. Mahathir sebagai ketua mereka. Jika mereka benar-benar jujur DAP akan mengangkat Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri boleh diukur dengan kesanggupan mereka memberikan bekas Perdana Menteri itu kerusi untuk bertanding khususnya di kerusi selamat milik DAP!

Hakikatnya jikalau Dr. Mahathir hanya bertanding atas tiket PPBM yang tidak diketahui nasibnya untuk menang atau kalah, itu jelas menunjukkan DAP hanya mempergunakan beliau untuk meraih undi orang Melayu.

DAP adalah parti dalam Pakatan Harapan yang paling 'selamat' untuk Dr. Mahathir bertanding kerana ada sokongan kuat dari kaum Cina jadi jika benar mereka mahu beliau jadi Perdana Menteri sekali lagi, mereka akan beri beliau tiket untuk bertanding atas DAP.

Tetapi pada hemat saya, DAP memang tidak mahukan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan mereka hanya umumkan beliau sebagai Perdana Menteri sementara atas sebab strategi politik tersirat DAP untuk menarik undi!

Pendek kata, DAP sebenarnya lebih suka keadaan itu kerana mahu mempergunakan orang Melayu yang jelas menguntungkan DAP. Jika Dr. Mahathir kalah maka sampai sini sahajalah peranan beliau, kalau menang pun, maka beliau harus dengar dan patuh pada arahan DAP.

Comments