DAP KEJI, ZALIM DAN RAKUS TAMBAK LAUT PULAU PINANG SEHINGGA MENGAKIBATKAN BENCANA ALAM!!!



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memuat naik statusnya menerusi twitter peribadinya Lim Guan Eng Eng@cmlimguaneng, mendakwa kononnya Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersikap double standard terhadap projek mega yang dirancang oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mana tidaknya sikap rakus DAP ini akan membawa malapetaka dan bala bencana kepada semua. Akibat berkiblatkan nafsu serakah mengejar kemewahan, kekayaan, habis alam semula jadi diratah dan diperkosa dengan sesuka hati.  Secara tepatnya, seluas 2,600 hektar laut dikorbankan demi menjayakan projek mega seperti pembinaan kediaman mewah, pusat komersial dan hotel.

Aktiviti menambak laut ini bukan sahaja menjejaskan alam sekitar tetapi juga ekosistem manusia secara keseluruhannya. Ia juga boleh menyebabkan air kumbahan tidak dapat diuruskan dengan baik, pertukaran aliran air sementara makanan laut juga akan mengandungi logam berat.

Jelas kegiatan menambak laut secara lahap ini tidak membawa manfaat kepada sesiapa melainkan pihak yang menjalankan aktiviti tersebut. Mengorbankan alam semulajadi semata-mata mahu memenuhi nafsu serakah bukanlah satu isu yang boleh dipandang ringan. Ia tidak adil untuk generasi akan datang.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

Comments