Calon Perdana Menteri (PM) terus menjadi tanda tanya buat Pakatan Harapan sehingga ke hari ini sehinggakan isu ini terpaksa dirahsiakan ekoran tidak mendapat kesepakatan untuk memilih calon yang sesuai untuk jawatan tersebut.
Mereka terus berteka-teki berhubung calon yang bakal diangkat sebagai PM jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Dalam Mesyuarat Majlis Presiden pakatan itu selama lebih tiga jam semalam, kata sepakat masih tidak dapat dicapai dan kepemimpinan tertingginya enggan mendedahkan nama calon bagi mengisi jawatan berkenaan meskipun diasak pelbagai soalan oleh wartawan.
Pengerusi pakatan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi alasan bahawa pengumuman calon PM itu mungkin diumumkan ketika atau selepas konvensyen gabungan parti pembangkang itu pada Ahad ini di Shah Alam.
Namun yang demikian sebelum ini, Dr Mahathir dengan yakin berkata akan mengumumkan calon PM pada hari khamis bagaimanapun, ketika ditanya selepas Mesyuarat Presiden Pakatan lain pula ceritanya. Pengumuman calon PM yang sepatutnya dibuat hari khamis ditunda selepas konvensyen berkenaan atau sebelum PRU.
Ternyata isu calon perdana menteri terus melingkari gabungan pembangkang dengan PKR dan DAP mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri manakala PPBM menamakan Dr Mahathir. Parti pembangkang sebenarnya tidak mempunyai kesepakatan apabila membincangkan atau menyelesaikan sesuatu isu.
Pendek kata, Pakatan Pembangkang parti kini makin haru biru untuk memilih PM mereka. Itu baru satu isu kecil yang sudah membuat mereka bercelaru untuk memilih calon PM, belum lagi isu agihan kerusi dan masalah negara serta masalah lain yang sememangnya bukti pakatan lemah dalam segalanya!
Comments
Post a Comment