BOBOI TAK LAYAK ATOK!!!ATOK MAHATHIR HENDAK BOBOI JADI PERDANA MENTERI.



Atok  Mahathir bercita-cita mahu anaknya Boboi Mukhriz menjadi Perdana Menteri. Mahathir sanggup melakukan apa sahaja termasuklah bersekutu dan bersengkongkol dengan DAP dan Pakatan Harapan untuk memenuhi kehendaknya. Mahathir lupa DAP tidak akan sesekali menaikkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri Malaysia kerana DAP ada agenda politik dan kepentingan peribadi mereka sendiri. 

Ini jelas membuktikan bahawa pengkhianatan Mahathir selama ini terhadap parti UMNO dan orang Melayu sebenarnya tidak sesekali melemahkan UMNO sebaliknya kepimpinan dan akar umbi UMNO terus bersepakat meletakkan kepentingan parti dan rakyat dengan menolak agenda politik dan kepentingan peribadi Mahathir. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah semestinya enggan menjadi tebusan politik Mahathir yang kini dihentam teruk kerana mendahulukan kepentingan rakyat dan parti. 

Kita perlu ingat di sini setakat mana pakatan Mahathir bersama DAP ini yang hanya berasaskan kepentingan politik dapat bertahan. Ini kerana sejarah sudah terbukti apabila PAS dipergunakan oleh DAP untuk memenuhi kehendak dan kemahuan DAP semata-mata dengan menyahkan PAS dalam Parti Pakatan Harapan. Dan kini Mahathir juga bakal menjadi mangsa politik DAP dan Pakatan Harapan seterusnya. 

Kesimpulannya perumpamaan melayu iaitu "Melayu mudah lupa" memang sesuai diberi kepada Tun Dr. Mahathir. Maka, kita tunggu dan lihat lah kesudahan politik Tun Dr. Mahathir yang semestinya akan menerima nasib malang seperti parti-parti yang pernah berurusan dengan DAP.

Comments