BARISAN NASIONAL TERBAIK!!! BARISAN NASIONAL MAMPU TUMBANGKAN PKR SELANGOR



Semua orang tahu di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, pelbagai kemelut dan masalah yang timbul sama ada yang membabitkan pentadbiran Azmin Ali dan juga yang melibatkan isu-isu panas rakyat negeri Selangor. Kali ini pilihan raya umum ke-14 peluang yang terbaik buat orang Selangor untuk menamatkan segala kemelut, masalah dan kekecohan yang timbul di Selangor. Sekarang ini orang Selangor mahukan Kerajaan Barisan Nasional kembali memerintah. 

Kerajaan Barisan Nasional satu-satunya kerajaan yang mempunyai visi, misi dan kredibiliti untuk memimpin dan mentadbir negara dan menganggap perkembangan ini sebagai tanda Barisan Nasional mampu kembali dan mentadbir Selangor. Adakah rakyat Selangor sanggup Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang dipersoalkan dari segi moralnya, semua orang tahu Azmin Ali terlibat dalam rasuah, penglibatan rumah urut, dan bermacam-macam lagi isu? Malah kita dapat melihat permainan dalaman PKR sendiri juga dikatakan menghampakan niat Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk bertanding di Selangor, dan sesiapa yang menghalang hasrat Wan Azizah akan menerima balasan yang setimpal sebenarnya.

Bukan itu sahaja bahkan pembangkang menggunakan istilah atau jenama Ubah atau Ini Kalilah serta Bersihkan Malaysia yang dipasarkan oleh Azmin Ali dan pakatan pembangkang sebenarnya menimbulkan rasa sangsi dalam kalangan orang Selangor. Ini kerana orang negeri Selangor sudah benar-benar merasai bagaimana selama ini kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya cuba menggunakan kuasa dan pengaruh sebagai kerajaan negeri untuk berperang dan melawan Kerajaan Pusat.


Kesimpulannya orang Selangor tidak perlu pening kepala dengan segala masalah dalaman parti pembangkang tersebut dengan memberikan undian kepada mereka sekali lagi. Sewajarnya orang Selangor seharusnya menamatkan sahaja persoalan yang memeningkan dengan memberikan undian kepada Barisan Nasional. Jadi kita TUKAR kali ini dengan mengundi dan memilih Kerajaan Barisan Nasional.

Comments