ARTIS TELADAN MAHATHIR FARID KAMIL HISAP DADAH, TAMPAR POLIS DAN MENGAMUK SEHINGGA TERPAKSA DITAHAN.



Tidak sampai sebulan video  Farid Kamil menuntut dengan Mahathir bagaimana cara menjadi artis, beliau telah mempraktikannya dengan mengamuk dan menampar  anggota polis trafik serta  menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Mungkin begini agaknya contoh bagaimana seseorang artis Pro-Pakatan perlu bertindak. Manakannya, bertindak secara ganas adalah budaya bagi Pakatan Harapan. Bukan sekali mesyuarat PKR melibatkan adengan baling-membaling kerusi. Parti Mahathir sendiri mensabotaj sesi ceramahnya apabila beliau ditanya mengenai Memali bagi mengubah topik dan menyalahkan BN bagi menutup isu tersebut. 

Setelah Farid Kamil ditahan kerana bertindak mengganggu ketenteraman awam, ujian air kencing dijalankan kerana keadaan beliau yang mencurigakan ketika ditahan. Ujian air kencing menunjukkan bahawa beliau berada di bawah pengaruh dadah. 

Jadi, beginikah contoh artis yang patut menjadi contoh masyarakat seperti yang disebut oleh Mahathir? 

Kalau macam inilah perangai artis-artis Pro-Pakatan, terima kasih sahajalah. Malaysia tidak perlu menjadikan anda sebagai ikutan, lebih-lebih lagi memandangkan anda bukan sahaja sesat, tetapi turut mengajak ke arah kesesatan. 

Tapi, mungkin perkara itu adalah dapat dijangkakan. Mahathir kini adalah seorang yang sesat dan pada masa yang sama ingin membawa Malaysia kepada ke arah kesesatan. Istilah “Amar mungkar nahi makruf” (mengajak kepada mungkar dan mencegah kebaikan) adalah lebih sesuai menggambarkannya.

Comments