DAP didakwa merancang angkat Zaid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor baharu jika Pakatan Harapan berjaya kekal di negeri itu pada pilihan raya umum nanti. Rahsia besar ini didedahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos yang memperoleh berita eksklusif berkenaan melalui sumber dalaman DAP sendiri, menurut portal tempatan Agenda Daily.
Kita tahu Zaid adalah orang tegar DAP, penyertaan Zaid ke dalam DAP dan beliau juga bercita-cita besar untuk menjadi calon DAP. DAP telah pun menyusun dan mencipta menteri besar setelah pilihan raya umum akan datang kerana kita semua tahu DAP tidak sebulu dengan Azmin Ali dan mahu pilih Zaid sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.
Zaid adalah keutamaan DAP untuk diserap masuk kerana atas dasar pengalamannya yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Suka atau tidak suka DAP kena terima dan pada pilihan raya umum nanti kita akan lihat apa strategi DAP untuk memenangkan Zaid dan juga Melayu murtad yang terus menerus menyumbang tenaga mereka kepada DAP dan seterusnya memecahbelahkan kaum Melayu dan agama Islam.
Kesimpulannya rakyat khususnya orang Melayu diingatkan supaya tidak terpedaya dan terpengaruh dengan permainan politik murahan DAP. Kita lihat sahajalah orang Melayu seperti Zaid Ibrahim menjadi barua DAP, DAP sudah semakin terdesak dan akan menggunakan apa juga cara bagi menarik sokongan dan undian orang Melayu demi mencapai agenda tersembunyi dan kepentingan politik mereka.
Comments
Post a Comment