ZAID IBARAT HINA BANGSA SENDIRI BILA ENGGAN MOHON MAAF ISU HINA SULTAN SELANGOR


Isu kontroversi baru-baru ini melibatkan ahli DAP, Zaid Ibrahim yang mempersoalkan dan sengaja memutarbelitkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah boleh disifatkan sebagai tindakan seorang yang hipokrit dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil peduli kepentingan bangsa sendiri.

Keengganan Zaid Ibrahim memohon maaf atas keterlanjuran kenyataannya dalam media maya 'Twitter' membuktikan keegoan dan sikap tidak mahu mengaku kesalahan diri walaupun terbukti secara terang-terangan dia mengeluarkan kenyataan demikian.

Amat mendukacitkan dan mengejutkan semua bangsa Melayu apabila seorang Melayu boleh menjadi sedemikian rupa dan sanggup menjadi penderhaka kepada sultannya semata-mata ingin mencapai kepentingan peribadinya.

Walaupun terdapat desakan dan tekanan daripada pelbagai pihak untuk Zaid Ibrahim memohon maaf secara terbuka tetapi ianya tetap tidak dipedulikan oleh ahli DAP itu. Pendirian Zaid Ibrahim itu sebenarnya turut menghina semua orang Melayu di Malaysia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga kedaulatan Raja-raja Melayu.

Rakyat Selangor dari pelbagai bangsa juga mengecam tindakan Zaid Ibrahim dan mereka juga menzahirkan manifestasi mereka mempertahankan kedaulatan Sultan Selangor melalui demonstrasi aman di Dataran Mayang, Seksyen 16, Shah Alam yang diadakan baru-baru ini.

Comments