YB DAP PULAU PINANG DIHALAU PENDUDUK PENANG


Baru-baru ini Viral rakaman video yang merujuk kepada insiden YB Ng Wei Aik 黄伟益 dihalau keluar dari bilik mesyuarat oleh penduduk Villa Sri Melati di Komtar semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) penduduk menjadi bualan hangat di Pulau Pinang. YB Ng dilihat dikutuk penduduk dalam video tersebut dan tidak mampu berkata-kata.

Boleh lihat dan klik video ini dipautan facebook : 


Mesyuarat agung tahunan berkenaan bertukar menjadi kecoh disebabkan AJK Persatuan penduduk berkenaan tidak dapat menunjukkan hasil kutipan dan perbelanjaan selama 3 tahun. Dalam hal ini, penduduk menyalahkan YB Ng Wei Aik Ahli Parlimen DAP Tanjong yang dilantik sebagai penasihat.

Di samping itu juga syarikat 'Management Island Property' juga dipercayai mempunyai kaitan dengan YB itu yang jelas menunjukkan wujudnya unsur kepentingan sendiri dalam syarikat tersebut. Turut dilaporkan usul untuk undian bagi lantikan AJK baru telah dibuat tetapi ditolak atas alasan 'ditangguhkan & tidak sah'. 

Insiden ini juga memberi tamparan hebat buat Kerajaan DAP Pulau Pinang yang jelas menunjukkan sikap pemimpinnya yang lepas tangan semata-mata mahu menjaga kepentingan mereka sahaja. Inikah kerajaan DAP yang dilaung-laungkan oleh pemimpin DAP sendiri sebagai bersih, cekap dan amanah? Anda nilai sendiri dan penulis yakin penduduk Villa Sri Menanti sudah mampu menilainya!

Comments