WASPADA PEMIMPIN POLITIK BERNAMA LIM KIT SIANG DARI DAP


Orang Melayu tidak boleh memandang ringan keinginan pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri jika pakatan parti itu bersama PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara, menang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Kini pelbagai taktik atau muslihat akan digunakan oleh Pakatan Harapan khususnya DAP bagi meraih undi pemilih Melayu. Tidak mustahil Lim Kit Siang mampu buat apa saja untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri pertama bukan Melayu.

Jesteru kini, DAP menggunakan strategi jijik iaitu menggunakan orang Melayu untuk menghancurkan kuasa politik di Malaysia dan rakyat seharusnya buka mata untuk menghalang perkara ini daripada dibiarkan berlaku. Seperti diperkatakan bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau, parti itu hanya memperalatkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah bekas pemimpin DAP Beng Huat, turut mengakui sikap Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai punca ramai bekas pemimpin-pemimpin meninggalkan parti DAP. Beng Huat juga mengakui DAP di bawah pemerintahan Lim Kit Siang cuba membina 'dinasti keluarga' dalam parti itu sehingga timbul pelbagai isu dan masalah.

Secara keseluruhan, tidak mustahil untuk Lim Kit Siang memasang niat untuk menjawat jawatan nombor 1 negara itu. Ini kerana melalui situasi dan perkembangan parti itu, walaupun tidak nampak jelas bahawa Lim Kit Siang mahukan jawatan itu tetapi beliau telah memasang strategi untuk meletakkan calon perdana menteri yang boleh dikawal agar mudah mengikut telunjuknya. Secara tidak langsung, perdana menteri yang dicalonkan hanya menjadi boneka kepada parti DAP dan Lim Kit Siang!

Comments