WAN AZIZAH JADI PERDANA MENTERI??? WAN AZIZAH TAK LAYAK LANGSUNG JADI PM!!!




Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) berpandangan bahawa Ketua Pembangkang Wan Azizah kononnya layak dilantik sebagai perdana menteri atau ketua menteri. Pengerusinya Chong Eng pula berkata tiada undang-undang yang memperuntukkan bahawa wanita tidak boleh menjawat mana-mana jawatan di peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan. 

Wan Azizah calon yang lemah dan ramai yang melihat Wan Azizah langsung tidak sesuai dijadikan Perdana Menteri.  Buktinya kalau kita dapat melihat jika dia mengadakan sidang media beliau tidak mampu berseorangan sebaliknya memerlukan bantuan pihak lain untuk membantu dia. Wan Azizah terlalu bergantung kepada orang lain untuk membuat sebarang keputusan mahupun mengambil sebarang tindakan. Sekiranya Wan Azizah mahu menjadi Perdana Menteri, Wan Azizah perlu ada perlakuan dan sikap berkenaan.

Memang benar DAP yang menerajui Pakatan Harapan memilih Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri tetapi Wan Azizah adalah individu yang lemah dan mudah sangat dikawal oleh DAP. Ini membuktikan Lim Kit Siang penasihat DAP mahukan calon yang lemah dan tidak mempunyai sebarang kewibawaan dan kredibiliti kerana jika calon itu kuat makanya DAP akan mengalami kesukaran dan kesulitan  untuk mengawal pemimpin pilihannya. Bukan itu sahaja alasan DAP membenarkan Wan Azizah dilantik oleh Ketua Pembangkang di atas kapasiti jawatan tersebut harus disandang oleh orang Melayu juga sama sekali tidak benar. 

Kesimpulannya DAP mahu Wan Azizah menjadi Perdana Menteri kerana Wan Azizah calon yang lemah dengan erti kata lain perancangan DAP mahukan Wan Azizah jadi Perdana Menteri disebabkan DAP ada agenda mereka tersendiri dan ini juga membuktikan hanya DAP sahaja satu-satunya parti yang boleh membuat keputusan memilih siapa yang akan menjadi Perdana Menteri.

Comments