TERIMA KASIH RAKYAT SABAH BERSAMA-SAMA TUMBANGKAN PARTI WARISAN



Parti Warisan bukannya ditubuhkan untuk kepentingan rakyat dan negeri Sabah. Shafie Apdal menubuhkan Warisan hanyalah semata-mata mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. Sebelum ini Shafie pernah mengemukakan perkara ini kepada Najib tetapi ditolak mentah-mentah oleh Najib.Perjuangan parti Warisan yang dibawa oleh Shafie Apdal kononnya Sabah for Sabahan. 

Tidakkah ianya kedengaran sangat ganjil dan pelik? Selama Shafie berada dalam UMNO lebih daripada 20 tahun dalam UMNO tidak pernah sekalipun kedengaran dari mulut Shafie memperjuangkan hak-hak Sabah atau Sabah for Sabahan. Ini semua hanyalah retorik politik semata-mata. Jika benar Shafie Apdal mahu memperjuangkan hak-hak dan kebajikan orang Sabah dari dulu lagi Shafie Apdal boleh melakukannya semasa berada dalam UMNO dan semasa menjadi Menteri.

Kita semua tahu, parti Warisan kononnya mahu memerintah Sabah dan bercita-cita mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia. Ini adalah satu niat yang jahat dan berbahaya. Kita cuba bayangkan jika negeri Sabah sudah tidak lagi berada dalam Malaysia, sudah pasti negara jiran akan meramoas Sabah untuk dijadikan sebahagian wilayah di bawah pentadbiran dan pemerintahan mereka. 

Bayangkan juga apa yang akan terjadi kepada rakyat asal Sabah jika Sabah dirampas oleh negara jiran? Itu belum lagi kes penyelewengan dana negeri Sabah oleh Shafie Apdal serta pucuk pimpinan Warisan Sabah sebenarnya pengkhianatan buat rakyat Sabah terutamanya kepada penduduk luar bandar. Mereka juga tidak dapat menikmati kemudahan infrastruktur dan pembangunan yang sepatutnya mereka nikmati kerana semuanya disebabkan oleh mereka-mereka yang tamak dan tidak bertanggungjawab ini.

Adakah pemimpin seperti Shafie Apdal ini yang kita mahu berikan kuasa untuk membantu rakyat Sabah? Hakikatnya sudah pasti kita tidak mahu pemimpin yang penuh dengan pembohongan dan penipuan yang hanya mahukan kuasa, pangkat, harta semata-mata. Pemimpin seperti Shafie Apdal dan parti Warisan bukannya mahu memperjuangkan hak-hak dan kebajikan orang Sabah tetapi mereka inilah pengkhianat kepada rakyat dan negeri Sabah.

Comments