Budak Syed Saddiq cakap macam tin kosong cakap tak serupa bikin, ada hati mahu membuat kelas debat, pengucapan awam dan pemikiran secara kritis percuma. Syed Saddiw mahu mengumpulkan orang seramai 20 orang? Biar betul kenyataan Syed Saddiq ini. Syed Saddiq juga membuat kenyataan bahawa beliau sanggup datang mengajar walau di mana sekalipun dan menjadi seorang tenaga pengajar. Syed Saddiq juga mendakwa kononnya tenaga pengajar sudah berada dan mengalir dalam darah beliau sendiri dari dulu sampai sekarang.
Sungguh kelakar dan melucukan kenyataan Syed Saddiq itu. Budak cakap macam tin kosong dan tak serupa bikin macam Syed Saddiq ini hanya mampu memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya kos sara hidup semakin tinggi. Budak seperti Syed Saddiq ini seharusnya bercakap berdasarkan fakta, hakikatnya kerajaan sentiasa terus membantu rakyat menangani kos sara hidup dengan pemberian BRIM, memperkenalkan Kedai Rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, Baucer Buku 1 Malaysia, Bantuan Persekolahan dan lain-lain program bagi membantu golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Pelbagai langkah dan bantuan kerajaan untuk mengawal kos sara hidup rakyat, yang menjadi masalahnya adalah apabila gaji rendah tetapi hidup seolah-olah bergaji tinggi. Ada sesetengah itu tidak mampu membeli kereta, tetapi sanggup berhutang piutang membeli kereta-kereta mahal, ada juga yang pakai smartphone mahal-mahal. Mereka yang bersikap sebeginilah kena ukur baju di badan sendiri dulu.
Syed Saddiq dan parti pembangkang lain apa yang mereka tahu?Syed Saddiq budak cakap macam tin kosong tahu ke langkah yang kerajaan perkenalkan untuk kurangkan kos sara hidup? Kembalikan subsidi minyak? Kawal harga barangan dan tambah subsidi pukal yang menguntungkan dan mengkayakan orang kaya dan peniaga?
Kesimpulannya setakat cakap macam tin kosong, kononnya mahu mengajar orang berdebat adalah lebih Syed Saddiq berdiam diri. Kalau tak pandai berpolitik buat cara tak pandai berpolitik. Kalau benar Syed Saddiq mahu berpolitik turun padang jumpa rakyat, atasi masalah rakyat bukan berdebat atas pentas!!!
Comments
Post a Comment