Baru-baru ini timbul isu kemelut berikutan doa Siti Nurhaliza terhadap pemimpin yang zalim dan kejam. Ini yang membuatkan ramai netizen menyerang Siti Nurhaliza kerana secara politiknya tindakan Siti terhadap pimpinan negara cukup kurang ajar, biadab dan bersifat propaganda semata-mata. Kita dapat melihat pelbagai reaksi pro dan kontra telah diterima.
Realitinya Siti disokong oleh kebanyakan penyokong pembangkang dan seperti sedia maklum ada sahaja agenda tersirat yang nyata di sebalik doanya itu. Biasalah semua orang mengetahui hubungan akrab dan rapat mereka Siti dan Mahathir. Kalau benar Siti mahu berdoa ada adab dan tatacaranya, tidak perlulah menggunakan pengantara, tidak perlu batu, tidak perlu kayu, tidak perlu facebook, tidak perlu instagram sebaliknya Siti boleh berdoa terus kepada Allah S.W.T.
Jika Siti dizalimi sepatutnya Siti merayu-rayu kepada Allah S.W.T kerana Allah S.W.T amat suka mendengar rayuan dan tangisan hambanya bermanja-manja dengannya. Bukannya berdoa dengan cara yang baru seperti Siti dengan mengepost di Instagram ataupun Facebook. Doa cara Siti dengan mengepos dan memuatnaik ke Instagramnya pada kita semua yang melihatnya hanyalah mahu memfitnah seseorang secara persepsi semata-mata. Tetapi ini bukanlah persoalan yang besar bagi penyokong Siti dan parti politik,. Bagi mereka salah atau betul sokong tetap sokong dan halal ataupun haram pun tetap akan sokong.
Bagi penyokong-penyokong Siti asal puak-puak mereka, mereka pastinya akan menyokong. Walaupun salah mereka akan tetap sokong, termasuklah dengan doa-doa Siti mereka akan sokong. Inilah kebiadaban Siti dan kita yakin penyokong-penyokong tegar Siti akan tetap sokong Siti kerana mereka parti pembangkang yang sentiasa berusaha sedaya upaya menjatuhkan dan menggulingkan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.
Kesimpulannya jika Sti mahu berpolitik, Siti seharusnya terima serangan balas secara politik daripada pihak lawan dengan hati yang terbuka. Siti perlu ingat bahawa dalam demokrasi moden pada masa kini keupayaan melakukan fitnah perlulah lebih tegar dan agresif. Tetapi jika ada yang menyokong Siti, jangan pula Siti berfikir dan syok sendiri kononnya kerana pihak-pihak berkenaan suka dan syok kepada Siti. Bawa-bawalah muhasabahlah Siti.
Comments
Post a Comment