Sebelum ini terdapat beberapa insiden dan kontroversu berlaku melibatkan parti kiasu DAP yang berlaku di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Sabah yang menunjukkan tanda-tanda jelas bahawa DAP kini semakin lama semakin goyah di negeri berkenaan dan sekaligus berhadapan dengan cabaran serta halangan lagi-lagi menjelang pilihan raya umum nanti.
Insiden keluar parti 4 orang wakil rakyat DAP Melaka iaitu Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong pastinya memberikan kesan dan tamparan hebat buat DAP. Dan kini bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat, bersama-sama dengan 100 ahli dan penyokong DAP kawasan Nibong Tebal telah mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP).
Keputusan berkenaan dibuat oleh Beng Huat kerana beliau merasakan DAP bukan lagi bumbung yang selamat baginya dan ahli DAP yang lain untuk berteduh sekiranya elemen dinasti keluar masih dipertahankan. Seperti mana yang kita ketahui, Beng Huat menjadi ahli DAP lebih 10 tahun dan menjadi ADUN Jawi apabila menang dengan majoriti hampir 4,000 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Pada waktu Pilihan raya sudah semakin menghampiri waktunya, DAP sedang berada dalam keadaan yang teraba-raba untuk mencari haluan, dan mereka kini semakin terdesak untuk mendapatkan kesepakatan yang goyah di negeri-negeri seperti Melaka, Pulau Pinang dan lain-lain negeri. Rata-rata mereka yang membantah kepimpinan dalam Parti DAP dan keluar parti DAP dating daripada mereka yang tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Tindakan keluar partu berkuat kuasa serta merta kerana kecewa dengan pemimpin parti berkenaan dengan mendakwa DAP telah menyimpang daripada hala tuju dan matlamat yang asal. DAP kini lebih menjerumus kepada satu parti yang dikuasai dinasti keluarga dan bersikap ego, sombong, bongkak yang semakin meresap ke dalam pentadbiran dan pemerintahan DAP.
Kesimpulannya DAP semakin goyah dan retak membuktikkan DAP bakal lumpuh dan tumbang sebelum menjelang Pilihan Raya Umum nanti, Yang pasti akan ada ramai ahli dan pemimpin DAP yang akan mengikut jejak langkah keluar parti selepas ini. Marilah kita bersama-sama tumbangkang dan lumpuhkan DAP kerana mereka sama sekali tidak layak mentadbir dan memerintah negara kita.
Comments
Post a Comment