RAKYAT PULAU PINANG MENDERITA, ADA DAP KISAH DAN AMBIL TAHU?



Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP dikatakan mencapai pencapaian terburuknya sejak kerajaan Lim Guan Eng dari DAP mengambil tampuk pemerintahan dari kerjaan Barisan Nasional selepas PRU 2008.

Pertamanya, tanah kerajaan Pulau Pinang habis dijual dengan berpuluh-puluh bilion tanah dan aset negeri Pulau Pinang telah dijual atau didagangkan sejak DAP mengambil alih kuasa.

Namun, Kerajaan DAP Pulau Pinang sentiasa mendabik dada kononnya mereka mengamalkan pentadbiran yang telus, bersih dan akauntabiliti, rakyat pula sebenarnya sedang gundah gulana kerana masa hadapan negeri itu kini semakin kelam dek kerana kerakusan kerajaan negeri menjual tanah.

Keduanya pula, rumah lama habis dijual kepada syarikat konsortium asing dan pelbagai caj dikenakan kepada rakyat. Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah Penang. Sesatunya negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam adalah di Pulau Pinang. Cukai katil, caj plastik 20 sen, cukai pintu naik 14.29% pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik. Inilah padah yang rakyat Penang dapat.

Ketiga, bukit habis dibotakkan atas nama pembangunan, kelestarian alam sekitar tidak lagi dihiraukan. Ini yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Di mana sahaja ada bukit atau tanah tinggi, maka ia akan digondolkan bagi memberi laluan kepada apa yang disifatkan sebagai pembangunan untuk semua.

Ini yang berlaku contohnya kepada Bukit Relau dan Bukit Laksamana di bahagian pulau. Kini kawasan bukit di tanah besar seperti di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan turut menjadi mangsa.

Ketua Menterinya pula tidak boleh dikritik suka meberikan alasan dan suka menyalahkan pihak lain. Kerajaan Pulau Pinang juga suka menabur berjanji tapi jarang-jarang untuk menunaikannya. 

Bila diajak berdebat dan bersemuka dengan pihak media dan rakyat, Ketua Menteri suka mengelak dan pandai mencari helah agar rahsia tidak terus dibongkar.

Comments