Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin rakyat di negeri itu akan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang kerana mereka mahukan perubahan yang gagal dilaksanakan Pas walaupun mentadbir selama 22 tahun.
Bukan setakat masyarakat Melayu yang menyatakan sokongan mereka kepada BN, malah pemimpin masyarakat Cina termasuk pemimpin badan bukan kerajaan juga mahukan perubahan yang drastik dilakukan di Kelantan bagi menjamin masa depan rakyat di sana.
Mereka tidak mahu anak muda mereka berhijrah terlalu ramai kerana ketiadaan peluang pekerjaan yang disediakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Sokongan BN didapati meningkat di Kelantan apabila setiap majlis yang dianjurkan disetiap pelusuk kampung ramai yang menghadirinya. Ini adalah antara bukti sokongan mereka terhadap BN semakin meningkat di Kelantan.
Kenyataan pembangkang bahawa rakyat Kelantan dan golongan Tionghua di Kelantan tidak akan menyokong BN adalah tidak benar. Ini berikutan walaupun BN tidak menjadi kerajaan, bantuan tetap dihulurkan dan diberi sama rata ketika mereka mengalami musibah dan di dalam pelbagai situasi.
Umno yang menjadi tunjang kaum Melayu akan terus menerus memberi sumbangan yang baik kepada rakyat Kelantan. Bukan kerajaan yang sedia ada tidak bagus, tapi mereka tidak mampu memajukan serta membangunkan Kelantan kerana terdapat beberapa kekangan dari sudut pendapat dan ekonomi.
Comments
Post a Comment