RAFIZI SIBUK BUAT FITNAH & CARI SALAH KERAJAAN TAPI SENYAP BILA KERAJAAN NEGERI PH DILANDA PELBAGAI ISU & SKANDAL


Kredibiliti pusat kaji selidik pembangkang, Invoke Malaysia diterajui Naib Pre­siden PKR, Rafizi Ramli boleh dipersoal kerana asyik mencari dan membongkar kesalahan Kerajaan walhal hasil yang dibongkarnya akhirnya memakan diri sendiri apabila didapati palsu dan tidak benar.

Selain itu, dalam keasyikan mencari kesalahan Kerajaan Pusat, Rafizi dan Invoke dilihat mengamalkan dasar dwistandardnya apabila gagal membongkar salah laku tadbir urus membabitkan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Kerajaan PKR Selangor yang jelas menampakkan kelemahan dan salah laku yang ketara. 

Cuba Rafizi lihat dan siasat tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan Georgetown Festival dengan meng­anugerahkan tender kepada satu kontraktor secara rundingan terus dengan kos sebanyak RM19 juta untuk lima tahun.

Kemudian mengikut Laporan Audit Negara 2016 mendapati, terdapat beberapa isu berkaitan program tersebut seperti kontrak yang tidak mengikut kelulusan Lembaga Pengarah, tiada penetapan asas kukuh pelantikan kontraktor dan beberapa syarat perjanjian yang tidak dipatuhi.

Untuk pengetahuan semua, Syarikat milik Kerajaan DAP Pulau Pinang, Georgtown World Heritage Incorporated yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri telah terlebih bayar kepada kontraktor tersebut sebanyak RM500,000 yang dikategorikan sebagai improper payment oleh Jabatan Audit Negara.

Rafizi sepatutnya mempersoalkan perkara ini tetapi tiada pula sebarang siasatan dibuatnya dan apa sebenarnya fungsi Invoke Malaysia ini. Dia sebaliknya lebih minat membuat pembohongan dan fitnah ke atas program 'Ekspo Negaraku 2017' yang telah diputar belitnya. Kesilapan mengenal pasti individu dengan mengaitkan seorang individu yang tidak mempunyai kaitan dengan seorang Menteri bukti jelas Rafizi suka bertindak membabi buta demi kepentingan politiknya!

Apa yang dilihat sekarang, Rafizi seorang pemimpin politik yang kononnya berjuang demi kebenaran dan Invoke Malaysia yang kononnya sebuah organisasi bebas daripada percaturan politik sebaliknya telah menjadi pusat menabur fitnah terhadap program-program yang dijalankan kerajaan. Rafizi sanggup menggunakan platform Invoke sebagai pusat untuk beliau menjalankan kerja-kerja pembohongan dan putar belitnya!




Comments