RAFIZI MENGAKU DIRINYA PEMBOHONG DAN TIDAK JUJUR




Rafizi sendiri mengakui kesilapan dirinya yang telah memadamkan turun segala bahan di laman-laman media sosial di bawah kendaliannya yang mengaitkan Abdul Rahman kononnya mempunyai pertalian darah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pico Integrated Exhibit Sdn. Bhd. Nor Raslan Mohd. Dahlan. 

Walaubagaimanapun Rafizi tetap mempertahankan dirinya yang telah mencetuskan pelbagai isu mengenai muat turun bahan-bahan di laman media sosial termasuklah mempertikaikan kaedah penganugerahan kontrak serta kredibiliti Pico Integrated Exhibit. Ini membuktikan Rafizi menggunakan pendekatan meracun kepada memujuk rakyat agar menumbangkan dan menggulingkan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional kerana ternyata kempen dan propaganda pembangkang selama ini tidak berkesan.

Apa yang Rafizi lakukan selama ini hanyalah sekadar menuding jari terhadap pemimpin-pemimpin Kerajaan Barisan Nasional selama ini tidak memadai kerana andaian pembangkang terhadap kebijaksanaan rakyat umumnya salah. Rafizi kalau mahu parti pembangkang Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum nanti sekalipun perlu mengimbau dan menginsafi pendekatan dan kempen mereka selama ini sebenarnya hanyalah berpotensi menjarakkan lagi hubungan pembangkang dengan rakyat. Pengundi selama ini memberikan reaksi yang negatif terhadap segala pendekatan politik Rafizi dan sebaliknya akan bertindak mengekalkan UMNO-BN agar terus memegang tampuk pemerintahan dan pentadbiran negara. 

Rafizi juga mengakui tugas sebenar pembangkang adalah menghasut rakyat agar membenci dan berasa tidak selesa terhadap inisiatif dan dasar kerajaan. Pendekatan menghasut, memfitnah dan memburukkan pemimpin-pemimpin kerajaan memang wujud dalam sesi latihan melaksanakan strategi pakatan pembangkang Pakatan Harapan.

Kesimpulannya Rafizi memang manusia yang pembohong dan tidak jujur. Tidak ada sepatah perkataan yang keluar daripada mulut Rafizi boleh dipercayai. Kita janganlah mudah sangat terpengaruh dan terpedaya dengan kata-kata dan janji manis Rafizi yang sememangnya kaki pembohong dan menipu rakyat. 

Comments