RAFIZI KEMBALI BERAKSI DALAM FITNAH TERBARUNYA : ISU ANUGERAH KONTRAK SYARIKAT PICO, RAFIZI PUTAR BELIT FAKTA DEMI PUBLISITI MURAHAN. CUBA KAITKAN ABDUL RAHMAN DAHLAN & RASLAN DAHLAN TAPI DUA INDIVIDU INI TIADA HUBUNGAN KEKELUARGAAN


Siapa tidak kenal dengan pemimpin bernama Rafizi Ramli dari Parti PKR yang terkenal dengan sikap lepas mulutnya dan membuat dakwaan membabi buta tanpa asas serta bukti dengan tujuan untuk mendapat perhatian daripada rakyat. Terkini, Ahli Parlimen Pandan, ini buat hal lagi iaitu membuat tuduhan melulu ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Rafizi menuduh Unit Perancang Ekonomi di bawah Abdul Rahman menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat bernama Pico Integrated Exhibits Sdn Bhd di mana salah seorang pemilik sahamnya bernama Raslan Dahlan yang didakwanya adalah adik beradik kepada Abdul Rahman.

Seperti biasa, dakwaan Rafizi ini penuh kekeliruan kerana hasil dakwaannya itu tidak masuk akal langsung dan jelas bersifat politik untuk memburukkan Abdul Rahman Dahlan. Jika Rafizi betul-betul punya bukti kukuh itu, mengapa Rafizi perlu memadamkan post dalam Facebooknya berkaitan isu ini.

Adakah Rafizi sudah sedar kesilapannya atau tahu dia di pihak yang salah! Perlu diketahui di sini, Raslan seperti mana didakwa Rafizi tidak mempunyai sebarang pertalian kekeluargaan dengan Abdul Rahman Dahlan yang secara kebetulan mempunyai nama keluarga yang sama.

Dakwaan Rafizi ini boleh dipatahkan dengan hasil penemuan fakta ini yang menyebut Syarikat pengurusan acara itu, Pico sudah beroperasi sejak 20 tahun lalu dan tidak punya kaitan dengan Abdul Rahman. Di samping itu, nama penuh Raslan ialah Nooraslan Mohd Dahlan dan dilahirkan di Johor berdasarkan kepada kod MyKad 01. Kod MyKad Sabah adalah 12, 47, 48 dan 49. Manakala nama penuh Abdul Rahman ialah Abdul Rahman bin Datuk Hj Dahlan (tiada Mohd) dan dilahirkan di Sabah. 


Jelas di sini bahawa Rafizi adalah ahli politik bidang terjun yang suka mendapat perhatian murahan dengan cara kotornya itu. Dia tidak pernah memeriksa fakta yang disebarkannya sebaliknya suka menabur fitnah!

Comments