PERANGI PARTI NYAMUK HABIS-HABISAN



Setakat mana pengaruh Tun di kalangan Melayu yang kini memegang status Pengerusi Pakatan Harapan?. Dirinya tidak sekuat dahulu dan idea serta mindanya juga masih tidak mampu mengubah nasib anaknya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Namun, dengan kewujudan 'Parti Nyamuk' seperti parti sepihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat sukar bertahan buat jangka masa yang lama.

Ramai yang membuat kesimpulan bahawa Amanah adalah parti 'kacau daun' kerana segala usaha yang dijalankan oleh PAS untuk memartabatkan Islam dalam politik Malaysia telah disekat oleh Amanah.

Tidak kurang juga yang menjangkakan Amanah akan terkubur selepas PRU ke-14 kerana parti itu dikatakan hanya mendapat 1% sokongan dari rakyat Malaysia yang layak mengundi pada pilihanraya akan datang. Tapi atas tajaan dan sokongan DAP, Amanah dilihat gah walaupun di dalamnya nampak kosong.

Begitu juga dengan Bersatu, selepas Perhimpunan Agong Umno pada awal Disember lepas, dilihat parti Melayu itu tidak gentar dengan bayang-bayang mereka. Ramai yang menasihati agar Umno jangan takuti 'nyamuk' BERSATU.

Bersatu tidak mampu bertahan lama kerana parti itu hanya mahukan belas kasihan dan simpati para pengundi. Segala gerak kerja mereka didapati terbatas kerana Bersatu tidak mempunyai struktur yang sah diperingkat Cawangan dan Bahagian mereka.

Parti yang dilihat mempunyai agenda peribadi ini seakan-akan tidak kekal lama kerana kepimpinan tertinggi tidak sebulu dan tidak mahu 'bersatu' walaupun nama parti mereka Bersatu.

Di dalam Bersatu wujud Kem Mahathir vs Kem Muhyiddin. Para ahli dan pemimpin tertinggi sudah tahu akan hal ini. Pada masa ini Muhyiddin sebagai Pengerusi simbolik yang akan diarahkan untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Mukhriz pada bila-bila masa. Siapa Lebih Dominan? Kita tunggu..

Ayuh kita lawan parti nyamuk ini dengan menunjukkan kesatuan di dalam Barisan Nasional. Pastikan parti nyamuk ini kalah TKO pada PRU-14 akan datang.

Comments