PEMBONGKARAN SKANDAL DAN ISU FELDA ADALAH LANGKAH 'PEMBERSIHAN'





Tan Sri Shahrir Abdul Samad memaklumkan kisah pembongkaran segala bentuk skandal dan salahlaku berkaitan Felda pada masa ini adalah salah satu langkah 'pembersihan' yang dilakukan oleh pihak pengurusannya.

Tidak sampai setahun Tan Sri Shahrir memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda banyak perkara dan pembaharuan telah dilakukannya lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan salah laku dan skandal rasuah yang melibatkan kakitangan Felda itu sendiri.

Tan Sri Shahrir diamanahkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib untuk meneruskan segala usaha yang sedang dibuat bagi mensejahterakan lagi warga Felda. Pelantikan Tan Sri Shahrir juga bertepatan kerana mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan pernah menjadi menteri di 3 kementerian.

Dengan pengalaman yang beliau ada, Tan Sri Shahrir cuba membongkar segala perkara yang tidak kena dalam urustadbir Felda sebelum ini. Beliau mahu memastikan rakyat terutamanya warga Felda mendapat pengurusan yang terbaik di bawah pentadbirannya. Segala pembongkaran yang dilakukan adalah sebahagian daripada 'pembersihan' FELDA, perkara yang berlaku ini sedang diperbetulkan oleh pihaknya.

Selaku Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir mahu memastikan hasil dan tanah peneroka tidak akan terjejas. Dalam hal tanah (Jalan Semarak) pihaknya telah membuat laporan polis, menyaaman, mengambil tindakan sivil, mencuba untuk batalkan PA, dan bekerjasama dengan pejabat Peguam Negara. Selain itu, beliau juga akan memikirkan semua cara bagi mendapatkan semula hak tanah tersebut.

Bila dilihat usaha yang berterusan Pengerusi Felda ini, kita tidak dapat nafikan bahawa usaha PM Najib membawa Tan Sri Shahrir ke Felda memang tepat pada masanya. Peneroka Felda boleh menggelar Tan Sri Shahrir sebagai 'Hero Felda' kerana beliaulah yang bekerja keras untuk mengembalikan imej dan kepercayaan rakyat kepada tanah rancangan untuk memantapkan ekonomi orang Melayu.

Tahniah Tan Sri !!!

Comments